26 Februari 2024 - Sekitar sesi perbincangan dua hala antara Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jebat, Ibu Pejabat Pertahanan Awam pada pagi tadi.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya APM bersama YBhg Datuk Khairul Shahril Bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA serta barisan pengurusan tertinggi antara APM dan NADMA. Perbincangan dua hala ini memfokuskan kerjasama, pengetahuan, pengembangan dan teknikal yang dapat diberikan kepada kedua-dua belah pihak.