PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Mesyuarat Penyelarasan bersama Agensi Berhubung Pengurusan Bencana bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17

Mesyuarat Penyelarasan bersama Agensi Berhubung Pengurusan Bencana bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 dan Lawatan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon serta Kawasan Titik Panas (Hot Spot) Banjir di Daerah Beaufort Sabah | 27 November 2025

YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan bersama Agensi Berhubung Pengurusan Bencana bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA telah memaklumkan terdapat 66 buah sekolah tersenarai yang mempunyai dwi fungsi iaitu sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Pusat Mengundi dalam PRU DUN Sabah pada kali ini serta meminta supaya isu ini diambil perhatian dalam memastikan kelancaran PRU DUN Sabah kelak.

Selesai mesyuarat penyelarasan bersama agensi, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA berkesempatan untuk melawat ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon dan Kawasan Titik Panas (Hot Spot) Banjir di Daerah Beaufort Sabah bersama wakil daripada Pejabat Hal Ehwal dan Penyelidikan Dalam Negeri Sabah, Pegawai Daerah Beaufort dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lawatan ini dilaksanakan setelah mengambil kira kekerapan banjir yang berlaku di daerah ini iaitu sebanyak 15 peristiwa bagi tahun ini serta bertujuan untuk meninjau persiapan menjelang PRU DUN Sabah terutama bagi 15 pusat mengundi dalam konteks pengurusan bencana.

Hasil daripada lawatan tersebut mendapati PPK Selagon berada dalam keadaan baik namun begitu, terdapat beberapa usul seperi isu pengudaraan yang perlu ditambah baik dan pengwujudan zon pengasingan (kuarantin) di PPK tersebut. Lawatan ke lokasi hot spot banjir di sekitar Beaufort telah memperlihat keberkesanan tebatan banjir yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam menangani banjir di kawasan Pekan Beaufort.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search