Tinjauan Operasi Pengurusan Bencana di Negeri Perak
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Tinjauan Operasi Pengurusan Bencana di Negeri Perak | 27 November 2025
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah melakukan tinjauan pengurusan dan penyelarasan operasi bencana MTL 2025/2026 di sekitar Negeri Perak.
Sebanyak 6 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beliau lawati iaitu:
1. PPS SK Batu 10, Lekir, Manjung;
2. PPS Dewan Serbaguna PDT Bagan Datuk;
3. PPS Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk;
4. PPS SMK Sungai Ranggam, Mukim Kota Setia;
5. PPS Dewan Rumah Rehat Teluk Intan; dan
6. PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap.
Ketua Pengarah NADMA telah disambut oleh Pegawai-Pegawai Daerah yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) masing-masing.
Beliau juga turut melihat sendiri keadaan bencana banjir yang melanda kawasan kediaman YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Bagan Datuk. Beliau menyarankan kepada semua Agensi Kerajaan, Agensi Tindak Balas, Agensi Teknikal dan pasukan sokongan supaya terus kuat dan bersemangat dalam melaksanakan tugas dan menyelamat mangsa-mangsa bencana banjir MTL 2025/2026 ini di kawasan masing-masing yang mana trend dilihat menunjukkan semakin meningkat termasuk risiko kejadian Ribut Taufan Senyar.
Selain itu, beliau berpeluang menyampaikan kit makanan kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di PPS. Beliau juga berpuas hati dengan pengurusan PPS yang telah diselaraskan oleh Kerajaan Negeri Perak dan berharap agar perihal kebajikan mangsa-mangsa sentiasa diberi perhatian terutamanya kepada calon-calon SPM, kanak-kanak, warga emas, OKU dan juga wanita mengandung atau berpantang.
