Ketibaan Pasukan Mas-10 di Terminal KLIA 1
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Penerbangan kedua membawa pulang seramai 35 anggota MAS-10 selamat tiba pada jam 5.00 petang ini.
Hari ini seramai 65 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat (MAS-10) yang menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) di wilayah Gaziantep, Turkiye selamat kembali dan tiba di tanah air menerusi 2 penerbangan Turkish Airlines.
Mereka terdiri daripada anggota pelbagai agensi iaitu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) NADMA, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Turut bersama adalah 3 orang wartawan yang bertugas membuat liputan di lokasi bencana.
Untuk rekod, keanggotaan bagi 2 kumpulan Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) MAS-01 dan MAS-10 adalah seramai 140 orang selain melibatkan dua ekor anjing pengesan (K9).