Pasukan MAS-01 menamatkan Misi di Gaziantiep, Turkiye
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Februari 2023, Sebelum menamatkan misi di Gaziantep, Pasukan MAS-01 SMART, NADMA diketuai oleh DSP. Safrizan, Timbalan Komander MAS-01 telah mengunjungi LEMA (Local Emergency Management Authority) dan telah bertemu dengan Mr. Mehmet Salih Avci, Nurdagi AFAD Coordination Manager. Turut bersama ialah Jeneral Erdem Sakarya, Komander Tertinggi Tentera di Wilayah Gaziantep.
Dalam pertemuan ini, AFAD menyampaikan ucapan terima kasih kepada Malaysia disamping memuji kecekapan Pasukan Malaysia dalam operasi SAR di Nurdagi. Bantuan yang diberikan oleh Pasukan SAR terutama MAS-01 amat bermakna bagi mereka, lebih-lebih lagi kejayaan menemui mangsa yang masih hidup.
Sempena kunjungan selamat tinggal ini, Pasukan MAS-01 menyampaikan cenderahati kenangan berupa gambar Pasukan MAS-01 dan pertukaran patch Malaysia dan Turkiye sebagai tanda solidarity dan penghargaan atas kerjasama erat antara kedua negara dalam misi bantuan gempa bumi Turkiye 2023.