Majlis Jasamu Dikenang Sempena Persaraan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Dasar, Encik Jamil Bin Derus
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
15 Februari 2023 - Satu majlis telah diadakan bagi meraikan persaraan yang Brs Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Dasar, Encik Jamil Bin Derus bertempat di Hotel Tenera, Bangi. Majlis tersebut diadakan bagi menghargai segala jasa, ilmu serta keringat yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di NADMA. Ketika majlis berlangsung, Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril sempat merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada beliau atas segala usaha yang dilakukan bersama sebagai rakan sepasukan terutama di dalam pengrusan bencana negara. Majlis juga turut meraikan pergerakan keluar pegawai yang berkhidmat di NADMA bagi sepanjang tahun 2022 dan 2023. Semoga ikatan yang dibina akan kekal terjalin selamanya walaupun mereka tidak lagi di NADMA. Sampai kita berjumpa lagi!