PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Kunjungan Hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Ketua Pengarah NADMA

Kunjungan Hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) kepada Ketua Pengarah NADMA | 14 Ogos 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Dato’ Wan Abdul Latiff Wan Jaffar. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik dalam menangani isu pencemaran alam sekitar. Berdasarkan Arahan NADMA No.1, JAS merupakan agensi teknikal yang menyalurkan maklumat dan tindakan apabila berlaku pencemaran membabitkan industri, maritim dan jerebu.
 
NADMA dan JAS akan memberi tumpuan kepada isu pencemaran maritim seperti tumpahan minyak. NADMA menyambut baik setiap inisiatif bagi mengurangkan risiko bencana yang dilaksanakan oleh JAS demi melindungi kepentingan rakyat serta aset negara. Turut mengiringi Ketua Pengarah JAS ialah Nor Aziah Jaafar, Pengarah Udara; Ts. Azlan Ahmad, Pengarah Bahan Berbahaya; Norina Frederick Sambang, Seksyen Kontingensi Tumpahan Minyak; Zalina Abdullah, Bahagian Bahan Berbahaya dan Hadijah Ali, Seksyen Kontingensi Tumpahan Minyak.
 
Manakala pihak NADMA dihadiri oleh Datuk Mohd Razali Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Persediaan Bencana); Ir. Sulaiman Kamari, Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur; Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar; PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin, Seksyen Pelaksanaan Operasi dan Siti Mariam Abu, Seksyen Mitigasi.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search