PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Majlis Pelancaran Disaster Management Programme 2025 (DMP 2025)

Majlis Pelancaran Disaster Management Programme 2025 (DMP 2025) | 14 Ogos 2025 | Cyberjaya, Selangor
 
Telah berlangsung Majlis Pelancaran Disaster Management Programme 2025 (DMP 2025) yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Jamalulail Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Seramai 19 orang peserta daripada 14 agensi sedang mengikuti program DMP 2025 ini bermula dari 11 Ogos 2025 hingga 6 Februari 2026 yang melibatkan dua (2) lokasi pembelajaran iaitu satu (1) bulan di IEG Campus, Malaysia dan lima (5) bulan di Universiti Tokyo, Jepun.
 
Mejar Wazirudin Mahfot, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA telah terpilih mengikuti program yang dilaksanakan selama enam (6) bulan itu. DMP 2025 merupakan satu (1) program yang dianjurkan oleh JPA di bawah Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ) dengan objektif utama untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran penjawat awam dalam bidang pengurusan bencana negara. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama JPA, NADMA, Intelli Education Group Sdn. Bhd. (IEG) dan Disaster Management Training Center (DMTC), Universiti Tokyo.
 
Objektif program DMP 2025 ini dilaksanakan adalah untuk membangunkan kepakaran dalaman (pengurusan/ teknikal) dalam pengurusan bencana, meningkatkan kompetensi pegawai dalam pengurusan bencana dan memberikan pendedahan kepada best practices pengurusan bencana di luar negara. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar NADMA, YBrs. Encik Rosnadi Majid, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan pegawai-pegawai NADMA yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program DMP 2025 ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search