PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Pensijilan Semula Pasukan Mencari dan Menyelamat Belarus Mengikut Piawaian INSARAG

Pensijilan Semula Pasukan Mencari dan Menyelamat Belarus Mengikut Piawaian INSARAG | 13 & 14 Ogos 2025 | Minsk, Belarus
 
Pasukan mencari dan menyelamat Kementerian Situasi Kecemasan Belarus telah menjalani latihan pensijilan semula mengikut piawaian Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (INSARAG). Latihan ini bertujuan untuk mengesahkan status pasukan sebagai “Heavy Class” – tahap tertinggi yang diiktiraf oleh PBB bagi pasukan yang layak menyertai operasi antarabangsa. Proses penilaian melibatkan 172 kriteria yang ditetapkan oleh INSARAG.
 
Seramai 12 wakil antarabangsa dari jabatan kecemasan Algeria, China, Jordan, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Rusia, Arab Saudi dan Turki terlibat sebagai penilai. Malaysia telah diwakili oleh dua orang pegawai, iaitu Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris (Search) dan Encik Rosli Shaari (Logistics). Turut hadir sebagai pemerhati ialah wakil dari Azerbaijan, Jordan, Kyrgyzstan dan Rusia.
 
Latihan pensijilan semula ini telah dijalankan dalam bentuk simulasi operasi antarabangsa selepas berlakunya gempa bumi besar. Antara aspek yang diuji termasuk pencarian mangsa menggunakan anjing pengesan dan peralatan teknikal, pengeluaran mangsa dengan peralatan khas, pemberian rawatan perubatan di lokasi, pengukuhan struktur bangunan yang lemah, serta pelaksanaan operasi di kawasan runtuhan, ruang sempit dan situasi berisiko tinggi.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search