Seminar Integriti dan Antirasuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Seminar Integriti dan Antirasuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 | 13 Ogos 2025 | Dewan Wawasan, Markas SMART
Telah berlangsung Seminar Integriti dan Antirasuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Tahun 2025 yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab dalam memerangi rasuah serta menyemai sikap disiplin dalam kalangan warga NADMA. Selain itu, taklimat ini membolehkan warga NADMA lebih cakna akan kesan dan akibat rasuah yang bukan sahaja memudaratkan diri sendiri, malah mencemarkan imej agensi.
Dalam masa yang sama, program ini juga mengingatkan kita tentang kepentingan mematuhi peraturan dan tatatertib perkhidmatan awam agar setiap tindakan dan keputusan yang diambil sentiasa berlandaskan undang-undang, etika kerja dan nilai integriti. Seminar ini telah disampaikan oleh dua (2) orang penceramah iaitu YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia dan YM Raja Adnan Raja Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Melalui perkongsian kedua-dua penceramah, warga NADMA telah diberikan input yang padat dan bermanfaat, merangkumi strategi pencegahan rasuah, pengukuhan budaya kerja berintegriti serta langkah-langkah memperkukuh tatakelola organisasi. Diharapkan penganjuran seminar ini menjadi pemangkin kepada pembentukan persekitaran kerja yang telus, bertanggungjawab dan bebas daripada sebarang salah laku seterusnya memperkukuhkan reputasi NADMA sebagai agensi yang berwibawa.