Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Julai 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
21 Julai 2025 - Pengurusan tertinggi dan warga NADMA telah menghadiri ke Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Julai Tahun 2025 di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.
Dalam ucapannya, beliau turut menekankan bahawa kecemerlangan dan pencapaian penjawat awam serta sektor swasta adalah penting dalam memacu kecemerlangan negara di peringkat global. Salah satu kejayaan yang membanggakan adalah peningkatan kedudukan Malaysia dalam Kedudukan Daya Saing Dunia oleh IMD, yang menyaksikan negara melonjak dari tempat ke-34 pada tahun 2024 ke tempat ke-23 pada tahun 2025. Peningkatan ini menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang mencatat lonjakan lebih daripada 10 anak tangga, hasil daripada peningkatan prestasi ekonomi dan kecekapan kerajaan.