Mesyuarat ke-9 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG on PRR)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat ke-9 ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) Working Group on Preparedness, Response and Recovery (WG on PRR) | 20 & 21 Mac 2025 | Yangon, Myanmar
Telah berlangsung Mesyuarat ke-9 ASEAN Committee yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ACDM WG on PRR iaitu NDMO dari Brunei Darussalam, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Filipina dan Thailand serta Sekretariat ASEAN, AHA Centre dan Timor Leste sebagai pemerhati. Turut hadir adalah wakil-wakil dari NDMO Kemboja dan Indonesia, WFP dan UNDP secara dalam talian.
Mesyuarat ACDM WG on PRR ini memberikan panduan strategik dalam pelaksanaan dan pemantauan hasil dan aktiviti Program Kerja AADMER 2021-2025 di bawah Program Utama 3; Kesiapsiagaan dan Tindak Balas dan Program Utama 4; Pemulihan, serta inisiatif lain yang berkaitan di ASEAN.
Mesyuarat ini juga membincangkan penambahbaikan kedua-dua program bagi Pembangunan Program Kerja AADMER 2026-2030 yang lebih realistik dan komprehensif serta ruang dan peluang kerjasama secara global dalam kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan dalam pengurusan bencana secara berterusan. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Fadli bin Ab. Rahman, Penolong Pengarah Kanan I (Dasar) NADMA dan Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) NADMA.