PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Consultative Meeting on AADMER Work Programme (AWP) 2026-2030 Development

Consultative Meeting on AADMER Work Programme (AWP) 2026-2030 Development | 21 Mac 2025 | Yangon, Myanmar
 
Telah berlangsung Consultative Meeting on AADMER Work Programme (AWP) 2026-2030 Development yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ACDM WG on PRR iaitu NDMO dari Brunei Darussalam, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Filipina dan Thailand serta Sekretariat ASEAN, AHA Centre dan Timor Leste sebagai pemerhati. Turut hadir adalah wakil-wakil dari Asian Disaster Reduction Center (ADRC) selaku pihak konsultan yang dilantik.
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk menumpukan kepada penyelarasan keutamaan serantau dan penetapan matlamat jangka panjang dalam pengurusan bencana bagi tahun 2026 hingga 2030. Fokus utama adalah melibatkan hasil dan aktiviti Program Kerja AADMER di bawah Program Utama 3; Kesiapsiagaan dan Tindak Balas dan Program Utama 4; Pemulihan termasuk pengukuhan sistem pengurusan bencana melalui penggunaan secara optimum komponen ICT, peningkatan pengurusan rantaian bekalan dan pembangunan kapasiti pegawai-pegawai pengurusan bencana di semua NDMO.
 
Mesyuarat ini juga menekankan penggunaan sumber kewangan yang efisien untuk menyokong inisiatif-inisiatif di dalam AWP 2026-2030 kelak. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Fadli bin Ab. Rahman, Penolong Pengarah Kanan I (Dasar) NADMA dan Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) NADMA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search