Mesyuarat ke-20 ASEAN Technical Working Group on Civil-Military Coordination (TWG on CIMIC)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat ke-20 ASEAN Technical Working Group on Civil-Military Coordination (TWG on CIMIC) | 21 Mac 2025 | Yangon, Myanmar
Telah berlangsung Mesyuarat ke-20 ASEAN yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar di pihak ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) serta wakil daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sebagai pengerusi ASEAN Defence Senior Officials’ Meeting (ADSOM).
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ACDM WG on PRR iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Singapura, Filipina dan Thailand serta ahli-ahli ADSOM yang melibatkan 10 negara anggota ASEAN serta Sekretariat ASEAN, AHA Centre dan Timor Leste sebagai pemerhati.
Mesyuarat ini telah membincangkan usaha mengkoordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana terutamanya melibatkan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) melalui penyediaan prosedur operasi standard ASEAN Militaries Ready Group on HADR, Experts’ Working Group on HADR dan Experts’ Working Group on Military Medicine.
Mesyuarat ini juga bertindak sebagai platform bagi sektor awam dan ketenteraan di rantau ASEAN untuk berkumpul dan membincangkan langkah-langkah bagi meningkatkan koordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana di peringkat serantau. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Fadli bin Ab. Rahman, Penolong Pengarah Kanan I (Dasar) NADMA dan Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) NADMA.
