Mesyuarat ke-4 Project Steering Committee (PSC) for the Disaster Emergency Logistics for ASEAN (DELSA) Phase IV Project
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat ke-4 Project Steering Committee (PSC) for the Disaster Emergency Logistics for ASEAN (DELSA) Phase IV Project | 20 Mac 2025 | Yangon, Myanmar
Β
Telah berlangsung Mesyuarat ke-4 Project Steering Committee (PSC) yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil National Disaster Management Organization (NDMO) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli PSC iaitu NDMO dari Malaysia, Myanmar, Singapura, Filipina dan Thailand serta Sekretariat ASEAN dan AHA Centre. Mission of Japan to ASEAN dan Japan-ASEAN Integrated Fund (JAIF) Management Team juga turut hadir secara dalam talian.
Β
Mesyuarat ini telah membincangkan kemajuan aktiviti utama dan pelaksanaan projek DELSA Fasa IV, termasuk tindakan susulan terhadap keputusan-keputusan yang relevan daripada Mesyuarat ke-3 PSC for the DELSA Phase IV Project. Mesyuarat ini juga membincangkan usaha-usaha memperkukuhkan pengurusan rantaian bekalan serantau dalam tindak balas pengurusan bencana melalui pengaplikasian komponen ICT.
Β
Selain itu, mesyuarat turut dimaklumkan perkembangan terkini pengisian inventori di Gudang DELSA Malaysia, Thailand, dan Filipina serta penambahbaikan sistem logistik kemanusiaan ASEAN dan kapasiti pegawai-pegawai logistik di semua NDMO. Turut hadir ialah Encik Wan Mohd Fadli bin Ab. Rahman, Penolong Pengarah Kanan I (Dasar) NADMA dan Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II (Dasar) NADMA.
