Sesi Tinjauan dan Pemantauan Bencana Banjir MTL 2024/2025 di sekitar Daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulai, Johor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Mac 2025 – Telah berlangsung sesi tinjauan dan pemantauan bencana banjir MTL 2024/2025 di sekitar Daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulai, Johor oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO) NADMA bersama para pegawai SPO.
Dalam sesi ini, team 1 yang diketuai oleh YDH Datuk bersama PPj.(PA) Mulliadi Al-Hamdi bin Ladin telah memulakan sesi dengan mendapatkan maklumat keseluruhan bencana banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Johor dan seterusnya sesi pemantauan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Johor Bahru dan Kulai, manakala team 2 diketuai oleh PgKB I Arjunaidi bin Ismail bersama Encik Muhamad Haiqal bin Shaharuddin telah melawat PPS dan PKOB di Daerah Pontian dan Kulai.
Beberapa isu dan cabaran pengoperasian yang memerlukan pencerahan telah pun dirungkaikan oleh YDH Datuk dan Tuan Arjunaidi kepada wakil-wakil agensi/jabatan kerajaan yang bertugas di PKOB tersebut. Proses pengurusan bencana banjir kali ini agak mencabar dan dilihat lancar dan teratur walaubagaimanapun cadangan penambahbaikan fasiliti PPS yang boleh diangkat untuk ditambahbaik secara berfasa.
Antara lokasi yang dilawati adalah PKOB Negeri Johor, PKOB Daerah Pontian, PKOB Daerah Kulai, PPS SK Kg Pasir, Perling, Johor Bahru, PPS SK Bukit Mutiara, Puteri Wangsa, Johor Bahru, PPS Dewan Kg Maju Jaya, Puteri Wangsa, Johor Bahru, PPS Balai Raya Kg Sinaran Baru, Puteri Wangsa, Johor Bahru, PPS SK Senai, Kulai, PPS SMK Senai, Kulai dan PPS SK Parit Markom, Pontian.
YDH Datuk juga telah berkesempatan hadir ke Majlis Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mencemar duli menyantuni dan mengurnia ampun mangsa banjir di PPS sekitar Puteri Wangsa, Johor Bahru. Wakil agensi/jabatan kerajaan peringkat Negeri Johor yang telah hadir adalah seperti APM, JBPM, JKM, KKM, RELA, ATM dan lain-lain agensi/jabatan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan di peringkat JPBD Johor Bahru dan JPBN Johor.