Sesi Tinjauan dan Pemantauan Bencana Banjir MTL 2024/2025 di sekitar Daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
23 Mac 2025 – Telah berlangsung sesi tinjauan dan pemantauan bencana banjir MTL 2024/2025 di sekitar Daerah Kluang dan Batu Pahat, Johor oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi (SPO) NADMA bersama para pegawai SPO.
Beberapa isu dan cabaran pengoperasian yang memerlukan pencerahan telah pun dirungkaikan oleh YDH Datuk kepada wakil-wakil agensi/jabatan kerajaan yang bertugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dilawati. YDH Datuk juga telah berkesempatan terlibat dalam sesi lawatan rasmi YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen P.164 Pontian di PPS SMK Seri Perdana, Mahkota, Kluang.
Antara lokasi yang dilawati adalah PPS SMK Seri Perdana, Mahkota, Kluang; PPS SK Sungai Linau, Machap, Kluang; PPS Dewan Kg Parit Hj Basri, Machap, Kluang; PPS SK Seri Bahagia, Benut, Pontian; PPS SMK Suria Perdana, Semarang, Batu Pahat; dan PPS Dewan Orang Ramai Tongkang Pechah, Parit Yaani, Batu Pahat.
Wakil agensi/jabatan kerajaan peringkat Negeri Johor yang turut hadir dan terlibat adalah seperti PDRM, JBPM, APM, JKM, KKM, RELA, ATM dan lain-lain agensi/jabatan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan di peringkat JPBD termasuk Pasukan Penggerak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah dan NGO MERCY Malaysia.