Sesi Libat Urus Kerajaan Negeri Sarawak bersama NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Libat Urus (SLU) Kerajaan Negeri Sarawak bersama NADMA | 7 Mac 2025 | Kuching, Sarawak
Telah berlangsung Sesi Libat Urus (SLU) Kerajaan Negeri Sarawak bersama NADMA yang dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datu Buckland Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi JPBN Sarawak dan YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA.
Sesi kali ini melibatkan ketua-ketua jabatan di negeri Sarawak, pegawai residen bahagian, pengarah dan pegawai dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial serta Seksyen Teknikal dan Infrastruktur NADMA. Kunjungan hormat daripada NGO GDRN kepada TSUK Sarawak turut diadakan sebelum bermulanya SLU untuk mengeratkan kerjasama antara kerajaan negeri Sarawak dan NGO.
Sesi kali ini telah membincangkan berkenaan peruntukan yang telah disalurkan kepada negeri Sarawak, serta isu-isu berkaitan pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana yang terkesan, selain permasalahan yang berlaku di lapangan. Selain itu, kerajaan negeri Sarawak turut menyatakan penghargaan kepada NADMA dan kerajaan persekutuan atas bantuan yang diberikan kepada negeri Sarawak, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025.