Kunjungan Hormat Delegasi International Organization for Migration (IOM) Malaysia atas Ketua Pengarah NADMA dan Lawatan Teknikal ke NDCC
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Delegasi International Organization for Migration (IOM) Malaysia atas Ketua Pengarah NADMA dan Lawatan Teknikal ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) | 6 Mac 2025
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat yang dihadiri oleh Ms. Heba Abdel Latif, Chief of Mission, Ms. Angel Monique Siladan, Project Development & Program Support Officer dan Mr. Navendren Sachithanantham, Senior Project Assistant daripada IOM. Delegasi NADMA bagi sesi pertama telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA, Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan, Encik Ir. Hanizan bin Deraman, Pengarah Seksyen Mitigasi, Encik Jefny bin Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, Encik Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial serta turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Seksyen Dasar dan Perancangan dan Seksyen Mitigasi.
Sesi kedua pula telah dipengerusikan oleh Encik Nazaruddin bin Sharaai, Pengarah NDCC dan turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Seksyen Dasar dan Perancangan, Seksyen Mitigasi serta Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial. Sesi kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama antara IOM dan NADMA sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Di samping itu, sesi lawatan teknikal ke NDCC adalah bertujuan untuk meninjau penggunaan teknologi terkini dalam pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana termasuk fasiliti pengurusan bencana di bawah seliaan NADMA.
Lawatan teknikal ini juga disusuli dengan perbincangan untuk meneroka peluang dalam usaha memperbaiki dan menambah baik pengurusan bencana negara.
IOM Malaysia turut menyatakan minat untuk bekerjasama dengan NADMA dalam pelbagai bidang antaranya penglibatan NGO dalam pengurusan bencana, pelaksanaan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara (DRR), penyelidikan berkaitan kesiapsiagaan, pengoperasian pusat pemindahan, pembinaan kapasiti, tindak balas bencana serta pemindahan penduduk tempatan akibat perubahan iklim, tertakluk kepada keperluan dan hala tuju pengurusan bencana oleh NADMA.