Kunjungan Hormat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) | 5 Mac 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan tugas Ketua Penolong Pengarah (Krisis dan Bencana) di bawah Jabatan KDNKA dalam memperkukuh pengurusan bencana dan kesiapsiagaan keselamatan negara. Pewujudan jawatan ini berperanan untuk mengkoordinasikan tindakan kecemasan, penyelamatan dan pengurusan keselamatan semasa bencana. Ini penting bagi memastikan kelancaran operasi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani bencana alam atau krisis.
Antara perkara yang dibincangkan semasa sesi kunjungan hormat ini adalah cadangan supaya diadakan lebih banyak Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) untuk melatih Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Negeri selaku Komander Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan lain-lain latihan berkaitan untuk memperkasa peranan PDRM dalam pengurusan bencana.
Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi. Delegasi Jabatan KDNKA diketuai oleh YDH SAC Pahruradzi bin Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Krisis dan Bencana serta diiringi enam (6) orang pegawai dari Jabatan KDNKA dan Maktab Polis Diraja Malaysia.