2025 GCTF Workshop on Whole of Society Resilience Building, Preparation and Response
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
2025 GCTF Workshop on Whole of Society Resilience Building, Preparation and Response | 4 hingga 7 Mac 2025 | Taipei, Taiwan
Telah berlangsung satu bengkel antarabangsa iaitu 2025 GCTF Workshop on Whole of Society Resilience Building, Preparation and Response bertempat di Taipei, Taiwan. Perasmian bengkel yang dianjurkan oleh Ministry of the Interior Taiwan ini telah disempurnakan oleh Lai Ching-te, Presiden Taiwan.
PgKB I Arjunaidi bin Ismail telah hadir ke bengkel tersebut selaku wakil daripada NADMA yang mana bengkel tersebut membincangkan tentang keperluan untuk meningkatkan penyelarasan merentas kerajaan, sektor swasta dan masyarakat untuk meningkatkan daya tahan sesuatu negara. Bengkel GCTF ini cuba mengetengahkan pendekatan dengan meningkatkan dialog, berkongsi kepakaran, dan meningkatkan kerjasama di kalangan pihak berkepentingan, termasuk kerajaan tempatan dan masyarakat sivil.
Peserta bengkel juga telah dibawa melawat fasiliti dan kemudahan latihan milik Taiwan National Fire Agency. Di akhir sesi bengkel, pihak Taiwan National Fire Agency melalui Ketua Pengarahnya, turut menyatakan hasrat untuk terus berkolaborasi dengan pihak NADMA dan akan menjemput Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) untuk menyertai latihan bencana yang dijadualkan pada September 2025.