PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Perbincangan Antara Pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC) dengan NADMA

6 Januari 2025 - Telah berlangsung sesi perbincangan antara pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia – Japan International Institute of Technology (MJIIT) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
 
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA yang bertujuan untuk membincangkan mengenai kerjasama teknikal antarabangsa dalam bidang pengurusan dan pengurangan risiko bencana di Malaysia. Antara lain, bagi membincangkan syor pengukuhan kerjasama peringkat antarabangsa dalam bidang pengurusan risiko bencana dan daya tahan bersama negara Taiwan, Rwanda dan Jepun.
 
Perbincangan ini telah dihadiri oleh Dr. Khamarrul Azahari Razak, Pengarah DPPC, MJIIT, UTM; YBhg. Dato’ Zakaria Mohamd, Adjunct Professor UTM & Pengerusi Geo – Resilience; Prof Dr Azlan Adnan, Penyelidik DPPC UTM; Dr. Norhafifi Ismail, Penyelidik DPPC MJIIT; Dr. Fitri Yakub, Full member of DPPC (MJIIT, UTM), Dr. Nurul Zainab Along, Full member of DPPC (MJIIT, UTM) dan ⁠Encik Roslan Ghani, DPPC Associate Member / Pengerusi Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM).
 
Turut hadir ke sesi perbincangan ini adalah pegawai-pegawai kanan Seksyen Dasar dan Perancangan, Seksyen Mitigasi dan Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search