Program Penyesuaian JUPEM T28/2022 dan JUPEM RT1/2023
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 Januari 2025 - Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menganjurkan Program Penyesuaian JUPEM T28/2022 dan JUPEM RT1/2023. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan perolehan perkhidmatan langganan imej satelit Orthorectified Raster Data berketepatan tinggi dan berkekerapan tinggi yang diperoleh melalui platform SecureWatch dan Planet Explorer.
Β
Program ini bertindak sebagai medium strategik untuk memberi maklumat terkini serta meningkatkan kefahaman peserta mengenai fungsi dan keupayaan kedua-dua platform tersebut. Antara peserta utama adalah wakil daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi-agensi keselamatan negara dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana negara.
Β
Selain itu, program ini juga bertujuan membantu agensi-agensi berkaitan dalam memperoleh input dan idea yang relevan bagi menyokong proses perancangan keperluan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Program ini turut disertai oleh En. Mohd Syafiq bin Ahmad Dusuki, Penolong Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
