Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan Sempena MTL 2024/2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Perlepasan Pengedaran Kit Makanan Sempena Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 | 26 November 2024 | Pusat Memproses Makanan FAMA (PMMF), Kuala Selangor
Pihak FAMA telah memulakan pengedaran Kit Makanan dan Makanan Retort mulai akhir Oktober 2024 kepada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Pengedaran ini dijangka berterusan hingga selesai penghantaran bekalan Fasa 1, yang melibatkan pengedaran sebanyak 34,550 unit Kit Makanan dan 15,000 unit Makanan Retort untuk agihan kepada petugas yang bertugas semasa MTL 2024/2025.
Pengedaran ini dilakukan oleh FAMA secara berfasa ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia terlebih dahulu diikuti dengan Sabah dan Sarawak. FAMA menjadi agensi pembekal utama kit makanan berkenaan dan diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum diagihkan kepada mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah.
Pada tahun ini, pihak FAMA dan NADMA telah berusaha untuk menambahbaik dari segi bekalan bahan kit makanan antaranya memastikan tempoh luput untuk setiap bahan bertahan lebih lama. Hal ini bagi membolehkan, stok bekalan dapat digunapakai dan diedarkan dalam tempoh lebih setahun.
Selain itu, pada tahun ini juga makanan retort turut dibekalkan kepada semua mangsa bencana dan petugas-petugas melalui APM. Semoga dengan usaha yang berterusan dari kerjasama FAMA dan NADMA beserta APM ini dapat meringankan beban mangsa banjir sementara keadaan kembali pulih.