PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Lawatan Kerja ke Dili, Timor-Leste bagi Menyokong Proses Keanggotaan Penuh Timor-Leste ke ASEAN

Lawatan Kerja ke Dili, Timor-Leste bagi Menyokong Proses Keanggotaan Penuh Timor-Leste ke ASEAN | 25 & 26 November 2024

Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Zanariah Zainal Abidin, Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Kementerian Luar Negeri dan diiringi oleh 12 orang pegawai Kerajaan, meliputi ketiga-tiga Tonggak ASEAN dan hal ehwal perundangan yang terdiri daripada YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah (Dasar) NADMA, Jabatan Peguam Negara (AGC), Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Kedutaan Besar Malaysia di Timor- Leste.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan dengan pihak Timor-Leste dalam mengenal pasti bantuan yang dapat diberikan oleh Malaysia, khususnya dalam mempercepatkan proses bagi Timor-Leste meratifikasi instrumen undang-undang yang terkandung di bawah “Roadmap for Timor-Leste’s Full Membership in ASEAN”.

Instrumen perundangan yang berkaitan dengan NADMA selaku focal point ASEAN Comittee on Disaster Management (ACDM) Malaysia serta di bawah pemerhatian Tonggak Sosio-Budaya ASEAN (ASCC) adalah ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) yang ditandatangani di Lao PDR pada 26 Julai 2006 dan Agreement on the Establishment of the ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management yang ditandatangani di Indonesia pada 17 November 2011.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search