PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Program Pembungkusan Makanan dan Kit Kebersihan bagi Menghadapi Musim Banjir

PROGRAM PEMBUNGKUSAN MAKANAN DAN KIT KEBERSIHAN BAGI MENGHADAPI MUSIM BANJIR | 28 November 2024 | Dewan Perdana, Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
 
BSMM dengan kerjasama Nestlé Malaysia serta sokongan penuh NADMA telah menganjurkan Program Pembungkusan Makanan dan Kit Kebersihan bagi Menghadapi Musim Banjir. YBrs. En Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana telah mewakili NADMA yang turut serta dalam menjayakan program tersebut.
 
Matlamat utama program ini adalah menyediakan 5,000 set bantuan makanan dan 1,000 set kit kebersihan untuk memenuhi keperluan mendesak akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) kali ini. Bantuan ini dirancang untuk meringankan beban mangsa yang terjejas serta memastikan keperluan asas mereka seperti makanan dan kebersihan diri dapat dipenuhi semasa bencana.
 
Seramai 160 orang sukarelawan daripada BSMM, Nestlé dan NADMA telah menyumbangkan tenaga dalam aktiviti pembungkusan dan memastikan kelancaran proses serta kejayaan program ini. Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan kepada mangsa banjir tetapi juga memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta. Selain itu, bot-bot sumbangan CSR UNIKL-NADMA kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah mula digunakan sewaktu operasi MTL kali ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search