Menuju πππππππ ππΉπ΅π¦π³π―π’π ππ¦π€ππ’π΄π΄πͺπ§πͺπ€π’π΅πͺπ°π― (πππ) 2026
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Menuju πππππππ ππΉπ΅π¦π³π―π’π ππ¦π€ππ’π΄π΄πͺπ§πͺπ€π’π΅πͺπ°π― (πππ) 2026
Kejayaan dalam penilaian ini penting bagi memastikan Malaysia terus mengekalkan status sebagai negara yang memiliki keupayaan Heavy Urban Search and Rescue (Heavy USAR) yang diiktiraf di bawah PBB.
Lebih daripada itu, pengiktirafan ini menyokong kesinambungan penggerakan Pasukan SMART dibawah kerangka kemanusiaan
antarabangsa, selain memperkukuh kepimpinan dan kredibiliti Malaysia dalam pengurusan bencana di peringkat ASEAN dan global.
Menuju πππππππ ππΉπ΅π¦π³π―π’π ππ¦π€ππ’π΄π΄πͺπ§πͺπ€π’π΅πͺπ°π― (πππ) 2026
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Menuju πππππππ ππΉπ΅π¦π³π―π’π ππ¦π€ππ’π΄π΄πͺπ§πͺπ€π’π΅πͺπ°π― (πππ) 2026
SMART: 5 Komponen, 1 Misi βMenyelamatkan Nyawa.
Sebagai pasukan Heavy Urban Search and Rescue (Heavy USAR), SMART mempunyai keupayaan melaksanakan operasi menyelamat yang kompleks, khususnya dalam situasi runtuhan
struktur konkrit yang memerlukan kepakaran, peralatan khusus dan koordinasi yang tinggi. Lima komponen utama menjadi tunjang keupayaan SMART, iaitu Pengurusan, Logistik, Carian, Penyelamatan dan Perubatan.
Menuju πππππππ ππΉπ΅π¦π³π―π’π ππ¦π€ππ’π΄π΄πͺπ§πͺπ€π’π΅πͺπ°π― (πππ) 2026
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Menuju πππππππ ππΉπ΅π¦π³π―π’π ππ¦π€ππ’π΄π΄πͺπ§πͺπ€π’π΅πͺπ°π― (πππ) 2026
Β
Dari Malaysia ke dunia, Pasukan SMART sentiasa bersedia menghulurkan bantuan apabila bencana melanda.Dengan kepakaran dalam carian teknikal & K9, penyelamatan aras tinggi, breaching & shoring, penyelamatan udara, perubatan kecemasan, dron serta penyelamatan dalam air, SMART berkeupayaan melaksanakan operasi dalam pelbagai situasi bencana.
Pengalaman misi di Myanmar, TΓΌrkiye-Syria, Sulawesi, Filipina, India dan Indonesia, serta pelbagai operasi dalam negara, mencerminkan kesiapsiagaan, kepakaran dan komitmen Malaysia dalam pengurusan bencana di peringkat antarabangsa.
JEREBU: SIAGA SEBELUM RISIKO MENINGKAT
Kualiti udara yang terjejas memerlukan tindakan dan kesiapsiagaan bersama. Warga sekolah disaran sentiasa memantau bacaan IPU, mengambil langkah persediaan yang sewajarnya serta melindungi murid dan warga sekolah daripada pendedahan kepada jerebu.
Menuju πππππππ ππΉπ΅π¦π³π―π’π ππ¦π€ππ’π΄π΄πͺπ§πͺπ€π’π΅πͺπ°π― (πππ) 2026
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
Menuju πππππππ ππΉπ΅π¦π³π―π’π ππ¦π€ππ’π΄π΄πͺπ§πͺπ€π’π΅πͺπ°π― (πππ) 2026
Β
Tahukah anda? Pasukan SMART merupakan pasukan USAR Malaysia yang diiktiraf sebagai ππ¦π’π·πΊ ππ³π£π’π― ππ¦π’π³π€π© π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ (ππ¦π’π·πΊ ππππ) oleh INSARAG sejak 2016.
Dengan keupayaan respon pantas 24 jam sehari, 7 hari seminggu, SMART mampu beroperasi di dua lokasi secara serentak, melaksanakan operasi kendiri sehingga 10 hari serta digerakkan ke dalam dan luar negara bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat.
Β
Keupayaan ini bukan sekadar bergantung kepada aset dan peralatan, tetapi turut diperkukuh dengan kepakaran, latihan, disiplin dan kesiapsiagaan anggota.Kini, SMART terus memperkukuh keupayaan bagi menghadapi IER 2026 dan mengekalkan pengiktirafan Malaysia sebagai pasukan ππ¦π’π·πΊ ππππ di peringkat antarabangsa.
