PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Pasar Borong Selangor terbakar: Bomba pastikan tiada mangsa bawah runtuhan

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih giat menjalankan kerja-kerja `overhaul’ di lokasi kebakaran yang memusnahkan beberapa lot kedai di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.20 pagi tadi.

Menurut beliau, pasukan bomba kini meneruskan kerja-kerja `overhaul’ bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan semula api.

“JBPM turut menunggu ketibaan sebuah jentera pengorek (eskavator) bagi membantu membongkar sisa runtuhan untuk memastikan benar-benar tiada mangsa yang terperangkap di bawah timbunan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pegawai forensik juga telah tiba di lokasi bagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

“Operasi masih diteruskan dan perkembangan lanjutakan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Terdahulu, kebakaran melibatkan premis berkeluasan kira-kira 400 meter persegi itu memusnahkan 90 peratus bangunan, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Seramai 68 anggota JBPM bersama 16 jentera pelbagai jenis digerakkan dalam operasi itu dengan bantuan anggota daripada 13 balai bomba termasuk BBP Bukit Jalil, Presint 7, Bandar Tun Hussein Onn, Petaling Jaya, Bangi, KLIA, Keramat, Hang Tuah, Hartamas, Cyberjaya, Bukit Jelutong, Subang Jaya dan Damansara.

Operasi turut dibantu 67 anggota daripada 11 Pasukan Bomba Sukarela selain anggota Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Subang Jaya serta pasukan keselamatan Pasar Borong Selangor. – UTUSAN 

Kebakaran Pasar Borong Selangor dipadam sepenuhnya - Bomba

KUALA LUMPUR: Kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, dekat sini, berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata operasi kini tertumpu kepada kerja pemeriksaan dan memadam sisa kebakaran.

Ashrul berkata, pihaknya sedang menunggu bantuan jengkaut untuk membongkar sisa runtuhan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap. "Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

"Kerja pemeriksaan dan memadam sisa kebakaran sedang giat dijalankan, selain menunggu bantuan jengkaut untuk membongkar runtuhan bagi memastikan benar-benar tiada mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashrul berkata, pegawai Unit Forensik JBPM turut tiba di lokasi bagi menjalankan siasatan.

Katanya, kebakaran membabitkan lot kedai menjual perkakas elektrik dan peralatan dapur di Blok B4 pasar borong berkenaan.

Premis berkeluasan kira-kira 400 meter persegi itu musnah 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Terdahulu, BH melaporkan anggota JBPM berdepan risiko tinggi ketika memadam kebakaran besar itu susulan kewujudan kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis hingga mencetuskan beberapa siri letupan pada peringkat awal kejadian.

Operasi turut berdepan kekangan apabila lima pili bomba berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta, selain api marak dengan pantas akibat tiupan angin kuat.

Kebakaran turut merebak ke beberapa premis berhampiran, namun berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan utama pasar yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

 

Gegaran dirasai di Lembah Klang susulan gempa 5.7 magnitud di Sumatera

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku di Utara Sumatera pada jam 12.18 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, gegaran itu turut dirasai di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

"Gempa berkenaan dikesan pada koordinat 4.2 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer, jarak 55 kilometer Barat Daya dari Langsa, Indonesia menurut kenyataan itu, hari ini.

MetMalaysia memaklumkan kepada orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu untuk mengisi borang soalselidik di pautan ini https://forms.gle/3BiFefhGT4yysDiC9.

Beberapa warganet melaporkan merasai gegaran di Petaling Jaya, Kajang, Puchong, Klang dan Selayang. Ini bukan kali pertama gempa bumi di Sumatera utara menyebabkan gegaran di Malaysia.

Mac lalu, gempa 6.5 magnitud dikesan di pesisir barat Sumatera utara menyebabkan gegaran di Semenanjung Malaysia dan kawasan sekitarnya. Tiada ancaman tsunami dilaporkan.

Pada Februari 2022, penghuni pelbagai bangunan tinggi di Lembah Klang dan Melaka dipindahkan selepas mengalami gegaran akibat gempa bumi bermagnitud 6.1 di Sumatera utara.

Gempa landa Sumatera: Bangunan selamat, penduduk Lembah Klang cemas

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima tiga laporan berhubung gegaran bangunan di Kajang, Subang Jaya dan Bandar Tasik Selatan berikutan kejadian gempa bumi di Sumatera, Indonesia, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ashrul Riezal Asbar ketika dihubungi berkata panggilan pertama diterima pada 12.31 tengah hari membabitkan bangunan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), disusuli laporan kedua di Kolej INTI Subang Jaya, Jalan SS15 pada 12.40 tengah hari.

Beliau berkata pasukan BBP Kajang dan BBP Subang Jaya yang dikejarkan ke lokasi mengesahkan bangunan tersebut selamat diduduki selepas pemeriksaan menyeluruh mendapati tiada sebarang rekahan dikesan.

Sementara itu, JBPM Kuala Lumpur turut menerima panggilan kecemasan pada 12.32 tengah hari membabitkan gegaran di Menara B2 Maju Link, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan sebelum menggerakkan pasukan dari BBP Sungai Besi ke lokasi.

Menurut kenyataan JBPM Kuala Lumpur sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, hampir kesemua penghuni telah mengosongkan bangunan dan berkumpul di kawasan selamat sebagai langkah berjaga-jaga selepas merasai gegaran selama kira-kira 15 saat.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap struktur bangunan dan mendapati tiada sebarang rekahan atau kerosakan struktur dikesan. Bangunan tersebut dalam keadaan baik dan selamat untuk diduduki semula,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, platform media sosial khususnya aplikasi Threads “kecoh” apabila warga maya berkongsi detik cemas ketika merasai gegaran di beberapa kawasan sekitar Shah Alam, selain mendapatkan pengesahan daripada warga maya lain mengenai fenomena yang berlaku.

Seorang pemilik akaun Threads, “nabilaishah” yang berada di Seksyen 26, Shah Alam, memaklumkan mengenai gegaran tersebut menerusi hantaran ringkas sebelum keadaan kembali reda beberapa minit kemudian.

Pengalaman serupa dikongsi oleh “nadiaxzailan” yang pada mulanya tidak menyangka gegaran yang dirasainya berpunca daripada gempa bumi sebelum bertanya kepada rakan sekerja dan pengguna media sosial lain.

“Tengah asyik buat kerja, tiba-tiba meja terasa bergoyang dan saya pada mulanya menyangka ia hanya ilusi sendiri sebelum bertanya kepada rakan sekerja serta warga maya yang lain,” katanya.

Sementara itu, pengguna Threads, nurulsyazzana, yang berada di Seksyen 13, Shah Alam, turut berkongsi pengalamannya dengan bertanya kepada pengguna lain sama ada mereka merasai gegaran yang sama pada waktu berkenaan.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dikesan berlaku di Utara Sumatera pada 12.18 tengah hari tadi, dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung. -TVS.

Kedah DOE orders quarry operation to halt over river pollution

BANDAR BAHARU: The Kedah Department of Environment (DOE) ordered a stone quarry in Kampung Padang, Mukim Sungai Kechil, to halt operations yesterday following complaints of river water pollution.

Kedah DOE director Sharifah Zakiah Syed Sahab said investigations confirmed the complaints were justified, as surface runoff mitigation controls at the quarry site were not carried out according to the approved plan.

"Investigations revealed that runoff from the quarry failed to enter drainage channels and sediment ponds, flowing directly into a nearby river instead. Wastewater from truck tyre washing operations was also found discharging into the stream, causing the turbidity.

"Field instructions were issued after quarry operations were found violating several conditions of the Environmental Impact Assessment (EIA) approval.

"This will be followed by a Notice of Instruction under Sections 31 and 37 of the Environmental Quality Act (EQA) 1974. Should the project proponent fail to comply within the stipulated timeframe, further legal action will be taken," she said today.

Enforcement action can be taken under Section 34A(7) of the EQA 1974, which provides for a fine between RM100,000 and RM1 million, along with mandatory imprisonment of up to five years.
 
 
 
 
 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search