Kota Bharu: Susulan amaran hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia), beberapa kawasan di 10 daerah di Kelantan diramalkan dinaiki air sehingga 29 November ini.
Menurut kenyataan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), antara jajahan dijangka dinaiki air adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Daerah Tumpat yang dijangka dilanda banjir ialah Lembangan Sungai Golok di Sungai Pengkalan Nangka dan Sungai Mentua serta Lembangan Sungai Kelantan serta Pasir Mas di Lembangan Sungai Golok iaitu Sungai Bunut Susu dan Sungai Meranti serta Lembangan Sungai Kelantan.
Kawasan Kota Bharu dijangka dinaiki air di Lembangan Sungai Kelantan, manakala Tanah Merah di Lembangan Sungai Golok iaitu Sungai Jegor, Sungai Kusial, Sungai Manal dan Sungai Jedok.
Di Bachok pula di Lembangan Sungai Gali, Sungai Kemasin, Sungai Jelawat dan Sungai Semerak iaitu Sungai Lubuk Nibong serta Sungai Melor.
Jajahan Machang di Sungai Abal, Sungai Bagan, Sungai Dalu,
Sungai Galang, Sungai Hala, Sungai Hau, Sungai Joh, Sungai Kemudu, Sungai Kerak dan Sungai Kerawang.
Pemantauan berterusan
Kawasan dijangka banjir di Pasir Puteh adalah di sekitar Sungai Semerak, Sungai Tasek, Sungai Besut, Sungai Daran Buaya, Sungai Jelor, Sungai Kelong dan Sungai Rasau.
Kuala Krai pula di kawasan Sungai Durian, Sungai Tagor, Sungai Galas, Sungai Sedulek, Sungai Geh, Sungai Nal, Sungai Lebir, Sungai Mel, Sungai Mesek dan Sungai Pahi.
Jajahan Jeli adalah di Sungai Buloh, Sungai Lanas, Sungai Legeh, Sungai Satan, Sungai Pergau, Sungai Belahat, Sungai Jeli, Sungai Jentiang dan Sungai Taduh.
Daerah Gua Musang dijangka banjir bermula 26 November sehingga 29 November iaitu di Sungai Aring, Sungai Chalil, Sungai Chiku, Sungai Cindai, Sungai Galas, Sungai Keneras, Sungai Ketil, Sungai Lebir, Sungai Nenggiri, Sungai Paloh dan Sungai Tupai.
Menurut kenyataan itu, pihak JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan berterusan di lokasi berkenaan.
Justeru, semua agensi pengurusan bencana dan penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada serta peka dengan arahan pihak berkuasa.
Untuk maklumat lanjut dan amaran terkini, layari publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook Publicinfobanjir.
10 daerah diramalkan akan dinaiki air
- Admin UKK
- Berita
Kota Bharu: Susulan amaran hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa kawasan di 10 daerah di Kelantan diramalkan akan dinaiki air sehingga 29 November ini.
Menurut kenyataan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) antara jajahan dijangka dinaiki air adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Daerah Tumpat yang dijangka dilanda banjir ialah Lembangan Sungai Golok di Sungai Pengkalan Nangka dan Sungai Mentua serta Lembangan Sungai Kelantan serta Pasir Mas di Lembangan Sungai Golok iaitu Sungai Bunut Susu dan Sungai Meranti serta Lembangan Sungai Kelantan.
Kawasan Kota Bharu dijangka dinaiki air di Lembangan Sungai Kelantan, manakala Tanah Merah di Lembangan Sungai Golok iaitu Sungai Jegor, Sungai Kusial, Sungai Manal dan Sungai Jedok.
Di Bachok pula di Lembangan Sungai Gali, Sungai Kemasin, Sungai Jelawat dan Sungai Semerak iaitu Sungai Lubuk Nibong serta Sungai Melor.
Jajahan Machang di Sungai Abal, Sungai Bagan, Sungai Dalu, Sungai Galang, Sungai Hala, Sungai Hau, Sungai Joh, Sungai Kemudu, Sungai Kerak dan Sungai Kerawang.
Kawasan dijangka banjir di Pasir Puteh adalah di sekitar Sungai Semerak, Sungai Tasek, Sungai Besut, Sungai Daran Buaya, Sungai Jelor, Sungai Kelong dan Sungai Rasau. Kuala Krai pula di kawasan Sungai Durian, Sungai Tagor, Sungai Galas, Sungai Sedulek, Sungai Geh, Sungai Nal, Sungai Lebir, Sungai Mel, Sungai Mesek dan Sungai Pahi.
Jajahan Jeli adalah di Sungai Buloh, Sungai Lanas, Sungai Legeh, Sungai Satan, Sungai Pergau, Sungai Belahat, Sungai Jeli, Sungai Jentiang dan Sungai Taduh.
Daerah Gua Musang dijangka banjir bermula 26 November sehingga 29 November iaitu di Sungai Aring, Sungai Chalil, Sungai Chiku, Sungai Cindai, Sungai Galas, Sungai Keneras, Sungai Ketil, Sungai Lebir, Sungai Nenggiri, Sungai Paloh dan Sungai Tupai.
Panjang: “Kami memilih untuk pindah sendiri tanpa bantuan anggota keselamatan kerana kami sudah biasa dan yakin selamat,” kata Abdul Majid Ahmad, 58.
Abdul Majid adalah salah seorang daripada tujuh keluarga di Kampung Bendang Perol, Gual To’Deh, di sini, yang berpindah malam kelmarin ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kediamannya yang dinaiki air dan memenuhi bahagian dalam rumah.
Katanya, dia bersama-sama yang lain bergabung tenaga memindahkan ahli keluarga menggunakan perahu untuk keluar ke jalan utama dan ada juga yang meredah banjir sejauh 300 meter.
“Tambahan pula paras air masih selamat untuk kami redah dan Alhamdulillah, pagi ini (semalam) semua 32 mangsa yang juga sanak-saudara sudah selamat berpindah.
“Kami tidak dapat keluar lebih awal kerana perlu memastikan kesemua barangan sudah siap disimpan di tempat selamat dan berpakat untuk keluar malam tadi (kelmarin) secara beramai-ramai.
“Alhamdulillah, urusan berpindah berjalan lancar dengan menggunakan lampu suluh memandangkan keadaan sudah gelap, tambahan pula, kami sudah tahu selok belok jalan yang sesuai untuk keluar,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia berterima kasih kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bersiap sedia daripada awal membantu mereka di penempatan malah ketika berpindah juga ada pegawai yang sedia menunggu.
Sementara itu, Nor Azni Setapa, 49, berkata dia bersyukur mereka sekeluarga selamat berada di PPS kerana dua malam tidak dapat tidur lena memikirkan air yang sudah memenuhi kawasan perkarangan rumah.
“Macam biasa, kami lah yang menjadi ‘penghuni’ pertama PPS di sini, dan biasanya yang terakhir pulang memandangkan penempatan kami berada di kawasan rendah.
“Tetapi, gelombang pertama selalunya hanya banjir biasa yang tidak mengambil masa lama untuk surut, jadi kami berharap dapat segera pulang ke rumah kerana bimbang juga akan keselamatan harta benda,” katanya.
Antara penempatan yang dinaiki air separas 0.3 sehingga 0.8 meter ialah Kampung Tersang, Kampung Bendang Perol, Kampung Putat Tujuh, Kampung Kusar dan Kampung Lachang, di sini.
Situasi banjir di Terengganu, Melaka dan Johor tidak menunjukkan banyak perubahan manakala jumlah penduduk terjejas di Kelantan meningkat setakat pagi semalam.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 228 orang setakat 8 pagi semalamberbanding 250 orang malam kelmarin yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Marang dan Dungun.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan 191 mangsa daripada 36 keluarga masih berlindung di empat PPS di Marang iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai, Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai, Dewan Sivik Mercang dan SK Pengkalan Berangan, manakala 37 mangsa daripada tujuh keluarga berada di dua PPS di Dungun iaitu SK Tok Kah dan Balairaya Alor Mak Bah.
Menurut portal InfoBanjir, paras air sungai di dua lokasi iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok (F2) dan Sungai Nerus di Kampung Bukit masing-masing di Setiu melepasi paras amaran manakala Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1) di sini melepasi paras waspada.
Di MELAKA, jumlah mangsa turut menurun sedikit kepada 220 orang daripada 60 keluarga setakat 8 pagi semalam berbanding 231 orang daripada 64 keluarga malam kelmarin yang masih berlindung di dua PPS di Melaka Tengah.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan 185 orang daripada 49 keluarga ditempatkan di SK Tanjung Minyak 2 manakala 35 orang daripada 11 keluarga berlindung di Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundur.
Menurut sekretariat itu, kesemua mangsa merupakan penduduk di lima kawasan iaitu Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Kampung Bukit Datuk A, Kampung Pantai Kundur dan Taman Rambai Indah. Sementara itu di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, banjir di negeri itu kekal dengan satu PPS dibuka iaitu Balai Raya Batu Badak di Segamat, yang menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga yang tinggal di Kampung Seberang Batu Badak.
Beliau berkata, lima Banjir di Johor kekal dengan satu PPS dibuka sungai berada pada paras amaran melibatkan dua sungai di Tangkak (Sungai Kesang di Telok Rimba dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma’amor) dan satu sungai di Segamat (Sungai Muar di Buloh Kasap), manakala dua lagi di Mersing (Sungai Paya Dato’) dan di Kota Tinggi (Sungai Pungai).
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 76 orang selepas satu lagi PPS dibuka di SK Gual To’Deh, Pasir Mas pagi ini melibatkan 32 mangsa daripada tujuh keluarga.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jumlah mangsa yang masih berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Beris Panchor, Bachok ialah seramai 44 orang daripada 12 keluarga.
Sementara itu, berdasarkan portal infobanjir.water.gov.my, paras Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi paras amaran dengan ketinggian 8.73 meter (m) setakat 9 pagi semalam manakala tiga sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dengan ketinggian 2.09m, Sungai Melor, Bachok 7.04m dan Sungai Semerak di Pasir Puteh 2.14m.
KUALA TERENGGANU: Sesi persekolahan di tiga sekolah rendah masing-masing dua di Marang dan satu di Dungun tidak terjejas meskipun digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengarah Pendidikan negeri, Jelani Sulong berkata bilik darjah di tiga sekolah berkenaan tidak banyak digunakan untuk menempatkan mangsa banjir.
“Kita berpendapat, tiada keperluan untuk tiga sekolah itu ditutup kerana dijadikan PPS.
“Dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai dan SK Pengkalan Berangan yang dibuka sebagai PPS kini menempatkan 157 mangsa banjir daripada 27 keluarga.
“SK Tok Kah di Dungun pula hanya menempatkan 21 mangsa banjir daripada empat keluarga,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, Jelani berkata, tiga sekolah berkenaan dibuka sebagai PPS sejak Jumaat lalu.
Dalam pada itu, beliau berkata pengurusan sekolah boleh memohon cuti bencana jika kebanyakan daripada kelas digunakan untuk dijadikan PPS.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri memaklumkan 216 mangsa banjir masih berada di enam PPS termasuk tiga sekolah di dua daerah di negeri ini sehingga jam 12 tengah hari ini.
Daerah Marang mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 185 orang, manakala Dungun 31 orang.