PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Selangor terima bantuan bencana RM14.7 juta tahun ini

Selangor terima bantuan bencana RM14.7 juta tahun ini

PETALING JAYA: 

Bantuan bencana sebanyak RM14.7 juta telah disalurkan kepada kerajaan negeri Selangor menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Khairul Shahril Idrus berkata ia merangkumi pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana dan BWI Kematian sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang kehilangan nyawa.

Katanya, bantuan terbabit turut disediakan bagi membantu mangsa terjejas dalam kejadian kebakaran paip gas di di Putra Heights, Subang Jaya minggu lalu.

“Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan mengagihkan bantuan berdasarkan senarai nama KIR mangsa bencana yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setiap pemilik rumah yang musnah sepenuhnya akibat bencana ini turut menerima bantuan tunai berjumlah RM10,000, iaitu RM5,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5,000 daripada Petronas.

“Pemilik yang rumahnya separa musnah menerima sumbangan sebanyak RM5,000, iaitu RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM2,500 daripada Petronas,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Menurutnya, kerajaan negeri turut bersetuju memberikan bantuan sewaan sebanyak RM2,000 sebulan selama enam bulan kepada setiap keluarga yang terjejas untuk menyewa rumah sementara kediaman mereka diperbaiki ataupun dibina semula.

Katanya, bagi melancarkan lagi proses pengagihan bantuan, semua sumbangan perlu disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor/

Dalam kejadian Selasa lepas, insiden kebakaran paip gas mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search