PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Penduduk pesisir pantai 'bedah air' elak banjir

KEMAMAN - Aktiviti membuka aliran air bertakung atau lebih dikenali sebagai 'bedah air' oleh penduduk setempat dilakukan bagi mengelak ia melimpah di kawasan rumah penduduk berdekatan pesisir pantai sepanjang musim tengkujuh.

Baru-baru ini tular di media sosial video yang dikongsikan oleh seorang penduduk, Mohd Azahrul Ab Rami, 36, mengenai aktiviti tersebut yang dilakukan bersama kira-kira 20 rakannya dekat Pantai Taping, Kemasik, di sini pada Jumaat lalu.

Menurut Mohd Azahrul, selain dikenali sebagai 'bedah air' penduduk kampung turut menggelar aktiviti itu sebagai 'korek alur' bagi membuka laluan air bertakung untuk dilepaskan ke kawasan pantai.

"Apabila strukturnya telah berubah dan tiada tempat untuk mengalir, ia akan melimpah.

"Kalau hujan tak berhenti selama dua hari, air akan bertakung dan melimpah ke rumah penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu.

"Sebab itulah kita akan buka laluan air bagi memastikan tidak berlaku banjir di kawasan rumah yang berdekatan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menurutnya, mereka perlu menunggu selama dua hingga tiga hari agar takungan air tersebut habis mengalir ke pantai.

"Memandangkan jarak antara takungan air dengan kawasan pantai sejauh 12 meter, kesempatan yang ada ketika air mula-mula dilepaskan akan digunakan oleh anak muda di kawasan ini bermain air.

"Ada yang melakukan pelbagai gaya dan aksi seperti meluncur, meniarap dan lain-lain lagi. Masing-masing seronok dapat bermain air kerana situasi itu bukan sering terjadi.

"Selain bermain air, mereka juga mengambil kesempatan untuk menangkap ikan yang terdapat dalam takungan air tersebut," ujarnya.

Menurutnya, terdapat beberapa kawasan lain dekat Pantai Taping yang mengalami situasi sama di mana ia membentuk takungan air hujan.

Katanya, kawasan tersebut akan kembali dipenuhi air bergantung kepada taburan hujan.

"Selepas air dilepaskan ke pantai, jika ombak pasang besar, alur yang dibina akan tertutup kembali dan air akan kembali bertakung lagi.

"Situasi itu akan berlaku antara tiga hingga empat kali sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL)," katanya.

Amaran ribut petir di 9 negeri, Putrajaya dan Labuan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan hingga 6 petang ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di portal MetMalaysia, negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
 
Sementara itu, di Kedah, amaran membabitkan daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama dan Kuala Kangsar); Selangor (Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).
 
Sarawak (Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pedalaman Barat, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Tawau).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila berlaku tanda-tanda yang menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang dijangka berlaku melebihi sejam.
 
 

10 daerah di Johor berdepan bencana banjir bermula esok

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan awal banjir melibatkan 10 daerah di Johor susulan hujan yang dijangka berterusan bermula esok sehingga 29 November ini.

JPS dalam kenyataan di Facebook berkata, beberapa kawasan di Segamat membabitkan Lembangan Sungai Muar dijangka terkesan dengan bencana tersebut.

“Di Kluang membabitkan Lembangan Sungai Endau (Sungai Kahang, Mengkibol, Melantai, Tekedai, Air Tawar 3, Palas, Endau, Parit Besar Semanyir, Padang dan Sembrong Besar).

“Selain itu, di Lembangan Sungai Benut (Sungai Berumbung, Ulu Benut, Machap, Linau dan Benut) serta Lembangan Sungai Johor (Sungai Sayong),” katanya.

Antara daerah lain yang berdepan risiko banjir adalah Mersing membabitkan Lembangan Sungai Mersing (Sungai Derhaka, Mersing, Air Merah dan Parit Tadahan Pengkalan Batu) serta Lembangan Sungai Tenglu Besar (Sungai Tenglu Kecil dan Tenglu Besar).

“Bagi Kulai pula, ia tertumpu di Lembangan Sungai Pontian Besar (Sungai Pontian Besar, Ayer Hitam, Ulu Pontian Besar dan Rambutan), Lembangan Sungai Skudai serta Lembangan Sungai Tebrau,” ujarnya.

JPS memberitahu, Kota Tinggi juga dijangka mengalami banjir membabitkan Lembangan Sungai Johor (Sungai Mas, Johor, Kepala Orang, Pemandi, Lalang, Telor, Chemaran, Kemang dan Sayong), Lembangan Sungai Sedili Besar, Lembangan Sungai Rengit serta Lembangan Sungai Sepang.

“Di Johor Bahru, keadaan sama melibatkan kawasan sekitar Lembangan Sungai Pulai, Lembangan Sungai Skudai dan Lembangan Sungai Tebrau.

“Di Muar pula membabitkan kawasan Lembangan Sungai Muar dan Lembangan Sungai Sarang Buaya manakala di Tangkak membabitkan Lembangan Lembangan Sungai Muar dan Lembangan Sungai Kesang serta Lembangan Sungai Batu Pahat di Batu Pahat,” katanya.

Sementara itu, JPS juga mengeluarkan ramalan awal banjir di daerah Pontian merangkumi Lembangan Sungai Pulai, Lembangan Sungai Pontian Besar, Lembangan Sungai Benut, Lembangan Sungai Sanglang, Lembangan Sungai Penerok, Lembangan Sungai Pontian Kecil dan Lembangan Sungai Ayer Baloi.

“Pihak JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai berkenaan.

“Banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutama di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Early flood alert issued for 10 Johor districts as rainfall intensifies

KUALA LUMPUR: The Irrigation and Drainage Department has issued an early flood forecast for 10 districts in Johor, following continuous rainfall expected from Nov 26 to Nov 29.

The department, in a statement, said several areas in the Segamat district, especially those located within the Sungai Muar river basin, are expected to experience flooding.

"In the Kluang district, areas within the Sungai Endau river basin (including Sungai Kahang, Mengkibol, Melantai, Tekedai, Air Tawar 3, Palas, Endau, Parit Besar Semanyir, Padang, and Sembrong Besar) are also expected to be affected," the statement said.

Additionally, areas in the Sungai Benut river basin, including Sungai Berumbung, Ulu Benut, Machap, Linau, and Benut, as well as the Sungai Johor river basin, are also at risk.

"In the Mersing district, areas in the Sungai Mersing river basin (including Sungai Derhaka, Mersing, Air Merah, and Parit Tadahan Pengkalan Batu) and the Sungai Tenglu Besar river basin (including Sungai Tenglu Kecil and Tenglu Besar) are also expected to be affected.

"The Kulai district, within the Sungai Pontian Besar river basin (including Sungai Pontian Besar, Ayer Hitam, Ulu Pontian Besar, and Rambutan), the Sungai Skudai river basin, and the Sungai Tebrau river basin are also on alert."

The department also said the Kota Tinggi district is expected to experience flooding, affecting the Sungai Johor river basin (including Sungai Mas, Johor, Kepala Orang, Pemandi, Lalang, Telor, Chemaran, Kemang, and Sayong), as well as the Sungai Sedili Besar river basin, the Sungai Rengit river basin, and the Sungai Sepang river basin.

For the Johor Baru district, areas around the Sungai Pulai, Sungai Skudai, and Sungai Tebrau river basins are also expected to be affected by the wet spell.

The department also forecasted that the Muar, Tangkak, and Pontian districts will not be spared from the wet spell.

 

10 daerah di Johor diramal banjir, hujan berterusan bermula Selasa

Kuala Lumpur: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan awal banjir di 10 daerah di Johor, susulan hujan yang dijangka berterusan bermula 26 hingga 29 November ini.

JPS menerusi kenyataan memaklumkan beberapa kawasan di daerah Segamat membabitkan Lembangan Sungai Muar dijangka mengalami banjir.

Di daerah Kluang membabitkan Lembangan Sungai Endau (Sungai Kahang; Mengkibol; Melantai; Tekedai; Air Tawar 3; Palas; Endau; Parit Besar Semanyir; Padang dan Sembrong Besar), Lembangan Sungai Benut (Sungai Berumbung; Ulu Benut; Machap; Linau dan Benut) serta Lembangan Sungai Johor (Sungai Sayong).

"Daerah Mersing pula membabitkan Lembangan Sungai Mersing (Sungai Derhaka; Mersing; Air Merah dan Parit Tadahan Pengkalan Batu), Lembangan Sungai Tenglu Besar (Sungai Tenglu Kecil dan Tenglu Besar).

"Manakala daerah Kulai di Lembangan Sungai Pontian Besar (Sungai Pontian Besar; Ayer Hitam; Ulu Pontian Besar dan Rambutan), Lembangan Sungai Skudai serta Lembangan Sungai Tebrau," kata kenyataan itu.

Selain itu, JPS memaklumkan daerah Kota Tinggi juga dijangka mengalami banjir membabitkan Lembangan Sungai Johor (Sungai Mas; Johor; Kepala Orang; Pemandi; Lalang; Telor; Chemaran; Kemang dan Sayong), Lembangan Sungai Sedili Besar, Lembangan Sungai Rengit serta Lembangan Sungai Sepang.

Bagi daerah Johor Bahru pula, membabitkan kawasan sekitar Lembangan Sungai Pulai, Lembangan Sungai Skudai dan Lembangan Sungai Tebrau.

Di daerah Muar adalah di kawasan Lembangan Sungai Muar dan Lembangan Sungai Sarang Buaya manakala di Tangkak membabitkan Lembangan Lembangan Sungai Muar dan Lembangan Sungai Kesang serta Lembangan Sungai Batu Pahat di Batu Pahat.

Kawasan yang diramalkan turut terjejas adalah di daerah Pontian merangkumi Lembangan Sungai Pulai, Lembangan Sungai Pontian Besar, Lembangan Sungai Benut, Lembangan Sungai Sanglang, Lembangan Sungai Penerok, Lembangan Sungai Pontian Kecil dan Lembangan Sungai Ayer Baloi.

"Pihak JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemaskini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai berkenaan.

"Banjir diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutama di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa," katanya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search