PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

BSMM terus hulur bantuan kepada mangsa tragedi Putra Heights

BSMM terus hulur bantuan kepada mangsa tragedi Putra Heights

SUBANG JAYA – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) meneruskan komitmennya membantu mangsa tragedi letupan saluran paip gas di Putra Heights dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan.

Antara bantuan yang diagihkan termasuk pek makanan, kit kebersihan diri, tikar dan selimut.

BSMM juga menyediakan pemeriksaan kesihatan asas kepada golongan rentan seperti warga emas dan kanak-kanak, selain menawarkan sokongan psikososial kepada mangsa yang mengalami tekanan emosi.

Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkata, BSMM komited untuk sentiasa bersama rakyat bukan sahaja ketika bencana berlaku, tetapi juga dalam fasa pemulihan.

“Pihak Bulan Sabit Merah Malaysia komited untuk terus bersama masyarakat bukan sahaja ketika bencana berlaku, tetapi juga sepanjang proses pemulihan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Putra Heights, hari ini.

Keberangkatan Tunku Puteri Intan Safinaz turut diiringi isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.

Tunku Puteri Intan Safinaz, kehadiran BSMM ke lokasi bencana bukan hanya bertujuan menyalurkan bantuan fizikal, sebaliknya membawa harapan dan semangat kepada mangsa.

“Sukarelawan kami telah berada di lapangan sejak awal, bukan sekadar membawa bantuan tetapi juga harapan dan sokongan. Kami akan terus berada di sini selagi diperlukan,” ujarnya.

Sejak insiden berlaku, lebih 30 sukarelawan terlatih dari BSMM Cawangan Selangor dengan sokongan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah digerakkan untuk melaksanakan operasi bantuan kecemasan.

Sukarelawan BSMM merupakan antara pasukan terawal yang tiba di lokasi kejadian, memberikan rawatan awal kepada mangsa melecur dan membantu memindahkan individu yang cedera ke hospital berhampiran.

Bantuan turut disalurkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Dewan Camellia Putra Heights dan Kuil Sri Mahamariamman yang menempatkan penduduk terjejas akibat insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search