PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Letupan paip gas: Kawalan ketat masih dilaksana

Letupan paip gas: Kawalan ketat masih dilaksana

SUBANG JAYA: Hari kesembilan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor menyaksikan penduduk di Kampung Kuala Sungai Baru sudah mula memasuki kawasan dan kediaman yang terkesan akibat kejadian itu.

Namun, hanya penduduk yang mempunyai kelulusan serta mematuhi prosedur ditetapkan dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.

Hasil tinjauan di lokasi mendapati kawasan zon merah di Kampung Kuala Sungai Baru masih dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Beberapa anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya ditempatkan di pos kawalan bagi memastikan kelancaran operasi pemulihan dan keselamatan penduduk.

Penduduk yang layak diberikan pas hijau dan perlu memaparkannya sebelum dibenarkan masuk ke kawasan tersebut.

Sementara itu, penduduk yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan tidak mempunyai kenderaan dibawa menaiki pengangkutan van yang disediakan pihak Prasarana bagi memastikan pergerakan terkawal dan selamat.

Di sekitar kawasan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Kuil Sri Maha Kaliamman pula, kelihatan pengamal media masih berkampung di khemah yang disediakan bagi membuat liputan.

Terdahulu, dalam kejadian pada pagi dua Syawal lalu, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran saluran paip gas di kawasan Putra Heights, Subang Jaya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search