Perak, Selangor berdepan hujan lebat
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh negeri sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas adalah Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
“Amaran ribut petir juga dijangka berlaku di Selangor di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan di Port Dickson,” katanya.
Cuaca sama juga dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” katanya.
Turut terlibat adalah Sabah dimana kawasannya yang terkesan adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat). – KOSMO! ONLINE
KUANTAN: The number of flood victims at relief centres in Pahang recorded a significant decrease on Monday (Dec 22) evening, with 218 people from 66 families compared to 580 people (167 families) in the morning.
According to the Social Welfare Department (JKM) Infobencana application, Kuantan recorded 138 victims (39 families), followed by Pekan (45 people, 21 families) and Maran (35 victims, six families) as of 5pm.
The centres are the Dewan Orang Ramai Kampung Semangat in Kuantan and Balairaya Kampung Baru Pertanian in Maran; and SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, SK Pulau Manis and Dewan Orang Ramai Air Hitam in Pekan.
According to the Public Infobanjir portal, two rivers have exceeded the danger level, namely Sungai Pahang at Lubuk Paku, Maran and at Kuala Sungai Chini, Pekan; and Sungai Keratong in Kampung Rekoh, Rompin. – Bernama
KUALA LUMPUR: Banjir di Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa yang mendapat perlindungan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkurangan.
Menurut kemas kini di portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara setakat jam 7 pagi tadi, jumlah mangsa yang menghuni tiga PPS di Kuantan, Maran dan Pekan adalah sebanyak 219 berbanding 580 orang petang semalam.
Kuantan merekodkan jumlah mangsa paling tinggi sebanyak 170 orang, di susuli Maran dengan 35 orang dan Pekan pula 14 orang.
"Sebuah PPS masing-masing dibuka di tiga daerah berkenaan," menurut laporan terperinci di portal berkenaan.
Mengenai perkembangan paras air sungai pula, hanya satu stesen di Sungai Kuantan dekat Kem Pesona, melepasi paras bahaya.
Terdapat sebuah stesen air dekat Kuantan melepasi paras amaran iaitu di Empangan Chereh.
Kedua-dua status di stesen berkenaan adalah berdasarkan kemaskini terakhir maklumat di portal https://publicinfobanjir.water.gov.my setakat jam 1 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan membadai pedalaman Sabah sehingga jam 9 pagi nanti.
Kawasan terjejas meliputi Nabawan, Keningau, Tambunan, Papar, Tawau dan Sandakan (Tongod).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter (mm)/sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata jabatan itu menerusi kemaskini maklumat di Facebooknya pada jam 6 pagi tadi.
Hadapi banjir tanpa panik
- Admin UKK
- Berita
SETIAP tahun, negara ini tidak pernah terlepas daripada menghadapi banjir, terutamanya di kawasan-kawasan tertentu. Beberapa langkah ini dapat membantu mereka yang terlibat tanpa panik. Antaranya:
TAMBAH BAIK SISTEM AMARAN AWAL
Bagi menambah baik sistem amaran awal, mesej amaran melalui SMS hendaklah dihantar dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saluran rasmi WhatsApp dan Telegram perlu diwujudkan bagi menyediakan kemas kini banjir secara masa nyata.
Di kawasan berisiko tinggi banjir, siren serta pembesar suara masjid hendaklah digunakan secara aktif.
Tambahan pula, sukarelawan komuniti yang terlatih boleh berperanan sebagai penyampai maklumat secara langsung bagi menyebarkan maklumat kecemasan.
Setiap mesej amaran banjir perlu menyatakan lokasi terjejas, paras air semasa, jangka masa sebelum perlu berpindah, serta lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat supaya orang ramai dapat bertindak dengan segera.
JADIKAN MAKLUMAT LEBIH MUDAH
Bagi menangani isu ini, peta risiko banjir perlu menggunakan kod warna seperti merah untuk zon bahaya dan kuning untuk zon berjaga-jaga. Maklumat juga perlu disampaikan dalam bentuk infografik berbanding teks yang panjang.
Poster keselamatan bergaya kartun perlu direka khusus untuk kanak-kanak, manakala video keselamatan berdurasi 30 hingga 60 saat boleh dihasilkan untuk pemahaman pantas.
Bahan visual ini harus memfokuskan kepada perkara penting seperti tindakan apabila air masuk ke dalam rumah, cara menyediakan beg kecemasan, serta langkah pemindahan yang selamat.
MAKLUMAT BERASASKAN LOKALITI
Bagi meningkatkan akses kepada maklumat, setiap daerah perlu mempunyai halaman Facebook rasmi bagi kemas kini banjir, peta Google secara langsung yang memaparkan status banjir masa nyata serta talian kecemasan yang dipamerkan dengan jelas untuk bantuan segera kepada orang awam.
LATIH MELALUI PENDIDIKAN
Di sekolah, pendidikan keselamatan banjir perlu dimasukkan ke dalam silibus dan latihan pemindahan hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun. Pelajar juga perlu diajar cara menyediakan beg kecemasan.
Di peringkat komuniti pula, masjid dan surau boleh menganjurkan taklimat kesedaran banjir manakala flat kediaman dan kondominium perlu mempunyai pelan pemindahan yang jelas.
Pemimpin sukarelawan banjir juga perlu dilantik bagi setiap blok atau kejiranan untuk membantu semasa kecemasan.
BENDUNG BERITA PALSU
Imej palsu yang dijana teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mesej panik mudah tersebar melalui WhatsApp dan media sosial, sekali gus mencetuskan ketakutan dan kekeliruan.
Bagi mencegah perkara ini, saluran maklumat banjir yang disahkan oleh kerajaan perlu dipromosikan secara meluas dan setiap daerah hanya dibenarkan mempunyai satu sumber maklumat rasmi.
Pihak berkuasa juga perlu mengeluarkan kenyataan ‘kawalan khabar angin’ dengan jelas, mengenal pasti maklumat palsu dan menggantikannya dengan maklumat yang tepat bagi mengekalkan kepercayaan orang ramai.
TUMPUAN KEPADA GOLONGAN RENTAN
Maklumat banjir perlu direka bentuk agar memenuhi keperluan golongan rentan termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak serta warga asing.
Antara penambahbaikan yang dicadangkan ialah penggunaan amaran suara selain teks, penggunaan ikon dan gambar yang mudah difahami, pengerahan pembantu komuniti untuk membantu proses pemindahan serta penyediaan maklumat dalam pelbagai bahasa supaya semua lapisan masyarakat dapat menerima dan memahami arahan dengan jelas.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Pengurusan banjir pada masa hadapan perlu memanfaatkan sepenuhnya teknologi moden. Ini termasuk penggunaan AI bagi ramalan banjir, sensor sungai pintar untuk pemantauan masa nyata, papan pemuka banjir secara langsung untuk tontonan awam, serta panduan laluan pemindahan bagi mempercepatkan tindak balas kecemasan.
SISTEM BERASASKAN KOMUNITI
Sistem maklumat banjir yang paling berkesan ialah model berasaskan komuniti yang mengintegrasikan agensi kerajaan, sukarelawan komuniti dan teknologi.
Pendekatan bersepadu ini mampu menghasilkan tindak balas yang lebih pantas, saluran maklumat yang dipercayai, pengurangan panik serta proses pemindahan yang lebih efisien, sekali gus meningkatkan keselamatan orang awam semasa bencana banjir. – UTUSAN
SHARIKA TASNIM
Ahli Jawatankuasa Institut Diraja Arkitek
British (RIBA) & Panel Akreditasi,
Untuk Lembaga Akreditasi
Senibina Kebangsaan (NAAB)
