PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa di PPS berkurangan, keadaan semakin pulih

Mangsa di PPS berkurangan, keadaan semakin pulih

KUALA LUMPUR: Banjir di Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa yang mendapat perlindungan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkurangan.

Menurut kemas kini di portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara setakat jam 7 pagi tadi, jumlah mangsa yang menghuni tiga PPS di Kuantan, Maran dan Pekan adalah sebanyak 219 berbanding 580 orang petang semalam.

Kuantan merekodkan jumlah mangsa paling tinggi sebanyak 170 orang, di susuli Maran dengan 35 orang dan Pekan pula 14 orang.

"Sebuah PPS masing-masing dibuka di tiga daerah berkenaan," menurut laporan terperinci di portal berkenaan.

Mengenai perkembangan paras air sungai pula, hanya satu stesen di Sungai Kuantan dekat Kem Pesona, melepasi paras bahaya.

 

Terdapat sebuah stesen air dekat Kuantan melepasi paras amaran iaitu di Empangan Chereh.

Kedua-dua status di stesen berkenaan adalah berdasarkan kemaskini terakhir maklumat di portal https://publicinfobanjir.water.gov.my setakat jam 1 pagi tadi.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search