Ribut petir, hujan lebat, angin kencang diramal badai Sabah
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan membadai pedalaman Sabah sehingga jam 9 pagi nanti.
Kawasan terjejas meliputi Nabawan, Keningau, Tambunan, Papar, Tawau dan Sandakan (Tongod).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter (mm)/sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata jabatan itu menerusi kemaskini maklumat di Facebooknya pada jam 6 pagi tadi.
