RAUB – Hujan lebat berterusan menyebabkan Kampung Ulu Sungai di sini dilanda banjir pada Khamis mengakibatkan 11 rumah terjejas dan 28 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, kejadian banjir berlaku kira-kira jam 12.36 tengah malam selepas air Sungai Lipis melimpah akibat hujan lebat tanpa henti.
"Sebanyak 28 mangsa daripada 11 keluarga telah ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai," menurut kenyataan itu.
Sekretariat itu turut memaklumkan bahawa pemantauan serta pengumpulan maklumat mengenai rumah penduduk terjejas sedang dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub.
BINTULU, 13 Mac- Bagi meringankan beban keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, menyumbangkan sebanyak 3,000 beg sekolah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu.
Menerusi pegawai khasnya, Steven Kong, memberitahu sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya dalam membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran akibat bencana yang melanda.
Daripada jumlah itu, sebanyak 2,000 beg sekolah akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Bahagian Bintulu untuk diagihkan kepada pelajar yang terkesan di 22 buah sekolah rendah dan menengah yang terbabit dalam bencana itu.
Selain itu, sebanyak 500 beg sekolah masing-masing akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Tatau dan Sebauh bagi membantu pelajar yang turut terjejas.
Sumbangan tersebut diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang terkesan serta memastikan para pelajar dapat kembali ke sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi untuk meneruskan pembelajaran mereka.
PETALING JAYA – Amaran angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan selatan Samui, utara Tioman, utara Bunguran, barat daya Reef South dan Sulawesi sehingga Jumaat ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori kedua) di bahagian timur laut yang berkelajuan 50-60 kilometer/jam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef South.
“Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) turut dikeluarkan iaitu angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur laut Condore.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE
SHAH ALAM: A temporary relief centre (PPS) has been set up at the Dewan Seri Sekinchan to house victims from about 30 homes affected by a storm in Taman Ria, Sekinchan this afternoon.
Sabak Bernam District Disaster Management Committee chairman Ali Sadikin Sadin said that all relevant agencies have been instructed to be on standby and provide immediate assistance to those impacted.
“Members of the public, especially those in high-risk areas, are advised to remain vigilant and follow official instructions and announcements from the authorities to avoid any unforeseen risks,” he said in a statement today.
Continuous monitoring will also be conducted to ensure the safety and well-being of the affected residents, he added.
94 hektar hutan di Pekan pula terbakar
- Admin UKK
- Berita
Kuantan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang melakukan operasi pemadaman kebakaran hutan gambut di Pekan yang memasuki hari kesembilan.
Pengarah JBPM negeri, Mohd Razam Taja Rahim berkata, kebakaran seluas 94 hektar dengan 80 hektar di kawasan Chenderawasih dan 14 hektar lagi di Palma Valley.
Katanya, setakat ini, seramai 31 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan, Nenasi dan Peramu terbabit dalam operasi pemadaman.
"Kebakaran mula dilaporkan berlaku membabitkan kawasan seluas tiga hektar pada 3 Mac lalu, sebelum berjaya dipadamkan tiga hari kemudian.
"Bagaimanapun, api kembali merebak sehingga 94 hektar dan setakat ini satu hektar berjaya dipadamkan di kawasan Palma Valley," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, JBPM Pahang mengumumkan operasi pemadaman kebakaran ladang kelapa dan hutan seluas 176 hektar di Gebeng, yang berlaku sejak 22 Februari lalu, ditamatkan sepenuhnya.
Lebih 70 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi pemadaman lebih dua minggu itu.