PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran hutan jejaskan tujuh hektar tanah di Sumatera

Kebakaran hutan jejaskan tujuh hektar tanah di Sumatera

Jakarta: Sekurang-kurangnya tujuh hektar tanah musnah dalam kejadian kebakaran hutan di Pulau Sumatera, Indonesia hujung minggu lalu, dengan insiden dilaporkan di wilayah Sumatera Barat dan Aceh, menurut agensi bencana negara pada Isnin.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Tempatan (BPBD), satu kebakaran berlaku di daerah Lima Puluh Kota, Sumatera Barat pada Ahad di Jorong Sarasah Tanggo, Nagari Sarilamak, kecamatan Harau, membakar kira-kira empat hektar tanah.

"Pasukan darat telah dikerahkan dan berjaya memadamkan kebakaran. Punca kejadian masih dalam siasatan," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Satu lagi kebakaran berasingan, dipercayai berpunca daripada cuaca ekstrem, berlaku di Jorong Bansa, Nagari Gaung, kecamatan Kubung, daerah Solok, yang memusnahkan kira-kira satu hektar kawasan lain dalam wilayah tersebut.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search