PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

RESILIENT ASIA 2026 FORUM: DISASTER RISK MANAGEMENT IN URBAN COMPLEXITY | 25 APRIL 2026
Β 
πŸ“BILIK JOHOR, WTCKL
Β 
Hari ini di Pameran Resilient Asia 2026 telah berlangsung sesi forum pertama bertajuk β€œDisaster Risk Management in Urban Complexity” yang dikordinasikan oleh Ts. Gs. Dr. Rabieahtul Abu Bakar, Ketua Program Pengurusan Bencana, Sekolah Kepimpinan dan Pengurusan, ELMU University.
Β 
Antara fokus utama perbincangan:
β€’ Cabaran semasa dalam pengurusan risiko bencana di persekitaran bandar
β€’ Integrasi strategi ketahanan sosio-ekonomi dan alam sekitar
β€’ Perkongsian ilmu dalam kalangan pakar dan pihak berkepentingan
β€’ Kerjasama rentas sektor ke arah kelestarian bandar
Β 
Forum ini menjadi platform penting yang menghimpunkan pembuat dasar, ahli akademik, pakar industri dan pengamal untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik serta meneroka penyelesaian inovatif dalam memperkukuh daya tahan bandar.
Previous Next

SESI β€œDIRECTOR-GENERAL RECEPTION” | 24 APRIL 2026
Β 
πŸ“ BILIK MAWAR, WTCKL
Β 
Sesi terakhir Resilient Asia 2026 pada hari pertama ditutup dengan sesi ramah mesra Ketua Pengarah NADMA bersama semua rakan strategik yang terlibat menjayakan program ini. NADMA sangat menghargai komitmen serta kesungguhan semua pihak dalam memastikan program pada hari ini berjalan lancar, teratur dan menarik.
Previous Next

SESI WALKABOUT KETUA PENGARAH NADMA DI RESILIENT ASIA 2026 | 24 APRIL 2026
Β 
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim, telah mengadakan sesi walkabout di sekitar pameran Resilient Asia 2026 bagi meninjau pengisian program yang berlangsung pada petang ini.
Β 
Beliau turut ditemani sekumpulan pelajar sekolah sambil menyaksikan demonstrasi Pasukan SMART seterusnya meninjau pameran agensi teknikal, tindak balas serta reruai pemain-pemain industri dalam bidang pengurusan bencana.
Β 
Kemeriahan kehadiran pengunjung di Resilient Asia 2026 pada hari pertama amat memberansangkan. Masih berbaki 2 hari utk orang ramai datang ke program ini di WTCKL dari 10 pagi hingga 6 petang.
Previous Next

PELANCARAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT BENCANA MALAYSIA (MyDIMS) | 23 APRIL 2026
Β 
πŸ“ WTCKL
Β 
Sekitar peluncuran aplikasi MyDIMS yang diaempurnakan oleh Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA.
Β 
Peluncuran aplikasi ini memperlihatkan satu langkah signifikan dalam memperkukuh pengurusan maklumat bencana dengan lebih pantas, tepat dan bersepadu. Kini dihujung jari anda!
Previous Next

DEMONSTRASI OPERASI PENYELAMATAN PASUKAN SMART| 23 APRIL 2026
Β 
Teruja orang ramai termasuk delegasi antarabangsa ketika menyaksikan ketangkasan dan keberanian semasa memperagakan teknik, peralatan dan koordinasi tindak balas bencana secara profesional dan berkesan.
Β 
Nak tengok aksi memukau misi menyelamat dari Pasukan SMART secara depan mata, jangan lupa datang ke Resilient Asia 2026 di WTCKL. Berbaki 2 hari lagi untuk anda terokai ilmu pengetahuan mengenai pengurusan bencana!
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search