PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

π“πˆππ‰π€π”π€π πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π πƒπˆ π’π€ππƒπ€πŠπ€π, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟐𝟐 π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengadakan tinjauan di kawasan kebakaran besar di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, Sabah.
Β 
Sekretariat JPBD, Pegawai APM Daerah Sandakan telah memberikan taklimat situasi pengurusan dan pengoperasian bencana di Pusat Pemindahan PPR Dewan Batu Sapi.
Β 
Seramai 385 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 1,912 mangsa warganegara dan bukan warganegara didaftarkan.
Β 
Ketua Pengarah NADMA membuat lawatan ke 4 buah PPS iaitu di SK Gas, SK Kg Bahagia, SMK Batu Sapi dan SK Karamunting. Beliau turut melihat sendiri kawasan tapak kebakaran yang berlaku baru-baru ini.
Ketua Pengarah NADMA turut mengiringi YAB Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah semasa menyantuni mangsa-mangsa kebakaran di PPS. YAB PM telah mengumumkan bantuan Kerajaan Persekutuan termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 dari NADMA kepada KIR yang terlibat.
Β 
Diharapkan melalui sokongan bantuan kewangan ini dapat meringankan beban keluarga yang ditimpa musibah.
Previous Next

π’π„π’πˆ ππ„π‘ππˆππ‚π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠ ππ€π†πˆ ππ„π‘π’π„πƒπˆπ€π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π ππ€π’πˆπŽππ€π‹ (𝐁𝐊𝐍) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝟐𝟐 π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) telah mengetuai delegasi NADMA bagi mengadakan perbincangan dan lawatan tapak bagi persediaan penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2026 di Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh, Perak.
Β 
Sesi perbincangan ini dipengerusikan secara bersama Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, Cik Nuruljaswa Abd. Hamid serta dihadiri oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Β 
Lawatan tapak dibuat bagi meninjau kesesuaian lokasi bagi setiap pengisian program dan aktiviti yang akan diadakan semasa BKN 2026 pada bulan Oktober nanti.
Previous Next

Hari ketiga pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) hari ini memberi tumpuan kepada kawasan di Negeri Johor melibatkan 7 lokasi iaitu Empangan Machap, Empangan Upper Layang, Empangan Seluyut, Empangan Lebam, Empangan Linggiu, Loji Rawatan Air Lok Heng dan Loji Rawatan Air Gembut. Pesawat TUDM membawa muatan 6,000 liter larutan garam dan operasi bermula pada jam 4.10 petang.
Β 
Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 4.30 petang di kawasan sasaran. Pelaksanaan OPA pada hari ketiga juga mencapai matlamat dan berjaya menurunkan hujan di kawasan sasaran.
Previous Next

Hari kedua pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) hari ini memberi tumpuan kepada kawasan empangan di Negeri Melaka melibatkan 3 buah lokasi iaitu Empangan Durian Tunggal, Jus dan Asahan. Pesawat TUDM membawa muatan 6,000 liter larutan garam dan operasi bermula pada jam 1.17 petang.
Β 
Operasi hari ini turut disertai oleh YB Datuk Haji Rais Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim Dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka untuk melihat sendiri kaedah pelaksanaan pembenihan awan yang dilakukan oleh Pasukan Teknikal MET Malaysia dan juga anggota TUDM. Cerapan radar menunjukkan hujan mula turun seawal jam 3.00 petang di kawasan sasaran. Pelaksanaan OPA pada hari kedua ini berjaya membantu pembentukan awan sekaligus menurunkan hujan di kawasan sasaran.
Previous Next

πŽππ„π‘π€π’πˆ ππ„πŒππ„ππˆπ‡π€π 𝐀𝐖𝐀𝐍 π“π€πŒππ€π‡π€π πƒπˆ πŠπ€π–π€π’π€π 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π„πŒπ„ππ€ππ‰π”ππ† | 𝟐𝟎 π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
πŸ“PANGKALAN UDARA SUBANG
Β 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sekali lagi menyelaras pelaksanaan 4 siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) bermula hari ini sehingga 23 April 2026 bertumpu di Negeri Melaka dan Johor.
Β 
YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Pengangkutan Negeri Melaka turut menyertai dan menyaksikan pelaksanaan OPA hari ini.
Β 
Kawasan sasaran adalah di lapan (8)Β buah empangan dan dua (2) Loji Rawatan Air (LRA). Kesinambungan operasi ini adalah sangat perlu memandangkan paras simpanan air di kawasan empangan ini masih berada pada tahap waspada.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search