PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bekalan air masih terkawal di kebanyakan negeri - SPAN

Bekalan air masih terkawal di kebanyakan negeri - SPAN

KUALA LUMPUR - Sumber bekalan air mentah dan perkhidmatan di 47 empangan serta 67 Loji Rawatan Air (LRA) utama di seluruh Semenanjung dan Labuan, masih berada dalam keadaan terkawal.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, paras empangan utama di Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan empangan di Johor, berada pada paras memuaskan iaitu melebihi 80 peratus.

 "Namun, beberapa empangan bekalan air di utara telah menunjukkan trend penurunan paras simpanan dan berada di paras berjaga-jaga dan buat waktu ini, paras empangan untuk bekalan air belum mencapai paras kritikal,” menurut kenyataan itu.

Memperincikan peratusan paras simpanan semasa empangan di utara Semenanjung, SPAN memaklumkan empangan di Timah Tasoh, Perlis berada pada tahap 56.21 peratus; empangan Muda di Kedah 40 peratus.

 "Empangan BS Padang Saga di Kedah 37.25 peratus; Empangan Malut, Kedah 38.9 peratus; empangan di Air Hitam, Pulau Pinang 34.1 peratus,” menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan kesemua paras simpanan semasa empangan tersebut berada pada tahap berjaga-jaga. Bagi perkhidmatan bekalan air di Wilayah Tengah iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, SPAN memaklumkan tujuh empangan dan tiga sungai utama di Selangor, merekodkan paras empangan atau sungai pada paras maksimum dan ia membolehkan kesemua 34 LRA beroperasi pada kapasiti normal. 

Sementara itu, Wilayah Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang, sebahagian besar empangan atau sungai berada pada paras stabil, dengan kesemua LRA beroperasi pada kapasiti normal kecuali LRA Kelar di Kelantan, yang merekodkan penurunan disebabkan penyusutan sumber air mentah.

"Terdapat beberapa kawasan di Kelantan turut mengalami tekanan air rendah disebabkan kemerosotan sumber bekalan air mentah, khususnya bagi punca air melalui sumber bawah tanah,” menurut kenyatana SPAN.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search