PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

šš€šƒšŒš€ š’š„š‘š“š€šˆ š™„š™‰š˜æš™Š-š™‹š˜¼š˜¾š™„š™š™„š˜¾ š™ƒš™€š˜¼š™‡š™š™ƒ š™Žš™€š˜¾š™š™š™„š™š™” š˜¼š™‡š™‡š™„š˜¼š™‰š˜¾š™€ šŸšŸŽšŸšŸ” | šŸ• & šŸ– š‰š”š šŸšŸŽšŸšŸ”
Ā 
šŸ“ Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Ā 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara terhadap ancaman kesihatan awam dan bencana rentas sempadan menerusi penyertaan dalam š˜š˜Æš˜„š˜°-š˜—š˜¢š˜¤š˜Ŗš˜§š˜Ŗš˜¤ š˜š˜¦š˜¢š˜­š˜µš˜© š˜šš˜¦š˜¤š˜¶š˜³š˜Ŗš˜µš˜ŗ š˜ˆš˜­š˜­š˜Ŗš˜¢š˜Æš˜¤š˜¦ (IPhas) 2026 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Persidangan ini menjadi medan penting hubungan kerjasama serantau serta memperluas perkongsian pengetahuan dan kepakaran dalam aspek keselamatan kesihatan dalam kalangan negara Indo-Pasifik.
Ā 
NADMA diwakili oleh Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi yang turut menghimpunkan para pemimpin sektor pertahanan, kesihatan dan keselamatan dari 21 negara. Program anjuran š˜œš˜Æš˜Ŗš˜µš˜¦š˜„ š˜šš˜µš˜¢š˜µš˜¦š˜“ š˜š˜Æš˜„š˜°-š˜—š˜¢š˜¤š˜Ŗš˜§š˜Ŗš˜¤ š˜Šš˜°š˜®š˜®š˜¢š˜Æš˜„ (š˜œš˜š š˜š˜•š˜‹š˜–š˜—š˜ˆš˜Šš˜–š˜”) dan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) ini memberi penekanan terhadap kesiapsiagaan pandemik, keselamatan kesihatan global serta pengukuhan koordinasi tindak balas krisis melalui latihan, perkongsian pengalaman dan amalan terbaik negara.
Ā 
Persidangan ini turut melengkapkan penganjuran š˜Žš˜­š˜°š˜£š˜¢š˜­ š˜š˜¦š˜¢š˜­š˜µš˜© š˜šš˜¦š˜¤š˜¶š˜³š˜Ŗš˜µš˜ŗ š˜Šš˜°š˜Æš˜§š˜¦š˜³š˜¦š˜Æš˜¤š˜¦ (GHSC) 2026 dan mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab dialog serta diplomasi keselamatan kesihatan di rantau Indo-Pasifik. NADMA akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi berkaitan selaras dengan pendekatan š˜žš˜©š˜°š˜­š˜¦-š˜°š˜§-š˜Žš˜°š˜·š˜¦š˜³š˜Æš˜®š˜¦š˜Æš˜µ š˜„š˜¢š˜Æ š˜žš˜©š˜°š˜­š˜¦-š˜°š˜§-š˜šš˜°š˜¤š˜Ŗš˜¦š˜µš˜ŗ bagi meningkatkan kesedaran kesiapsiagaan dan koordinasi pengurusan bencana serta krisis kesihatan awam secara menyeluruh kepada masyarakat.
Previous Next

šš€šƒšŒš€ šš„š‘šˆ š“š€šŠš‹šˆšŒš€š“ šŒš„šŠš€ššˆš’šŒš„ šš„šš†š”š‘š”š’š€š šš„šš‚š€šš€ šŠš„šš€šƒš€ šš„š“š”š†š€š’ šŠš„š’šˆš‡š€š“š€š šƒš€š„š‘š€š‡ šŠš‹š€šš† | šŸ— š‰š”š šŸšŸŽšŸšŸ”
Ā 
šŸ“ Menara Bank Rakyat, Shah Alam
Ā 
Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk Mekanisme Pengurusan Bencana: Arahan NADMA No. 1 kepada pegawai kesihatan dan paramedik dari fasiliti kesihatan di daerah Klang. Program anjuran Unit Survelan, Pejabat Kesihatan Daerah Klang ini telah berlangsung pada 9 Jun 2026 di Menara Bank Rakyat, Shah Alam.
Ā 
Taklimat ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta mengenai mekanisme pengurusan bencana negara serta peranan dan tanggungjawab agensi yang terlibat semasa menghadapi krisis kesihatan awam dan situasi bencana. Para peserta turut didedahkan kepada kepentingan kesiapsiagaan dari aspek operasi, logistik dan sumber manusia bagi memastikan tindak balas yang terancang dan berkesan.
Ā 
Diharapkan taklimat yang diberikan dapat memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota kesihatan dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan dan bencana. Selain itu, program ini turut membantu mengukuhkan komunikasi serta koordinasi antara agensi berkaitan agar pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.
Previous Next

šŒš„š’š˜š”š€š‘š€š“ šš„š‘šŠš€šˆš“š€š š’š“š€š“š”š’ š’š„šŒš€š’š€ šš„šŒšš„šŠš€š‹š€š šŠšˆš“ šŒš€šŠš€šš€š šƒš€š š™ˆš™€š˜¼š™‡ š™š™€š˜¼š˜æš™”-š™š™Š-š™€š˜¼š™ (šŒš‘š„) šš€šƒšŒš€ šŸšŸŽšŸšŸ“/šŸšŸŽšŸšŸ” | šŸ– š‰š”š šŸšŸŽšŸšŸ”
Ā 
šŸ“Ibu Pejabat FAMA, Selayang
Ā 
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan logistik dan bekalan makanan dalam menghadapi sebarang situasi bencana, NADMA telah mengadakan Mesyuarat Berkaitan Status Semasa Pembekalan Kit Makanan dan š˜”š˜¦š˜¢š˜­ š˜™š˜¦š˜¢š˜„š˜ŗ-š˜µš˜°-š˜Œš˜¢š˜µ (MRE) NADMA 2025/2026 di Ibu Pejabat FAMA, Selayang.
Ā 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Wan Nora Wan Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Produk Proses, FAMA dengan penyertaan pegawai-pegawai daripada NADMA dan FAMA bagi membincangkan hala tuju, perancangan serta status semasa pengurusan dan pembekalan Kit Makanan dan MRE untuk kegunaan pengurusan bencana.
Ā 
Perbincangan turut memberi fokus kepada aspek penyelarasan, penambahbaikan mekanisme pembekalan serta langkah-langkah bagi memastikan bekalan Kit Makanan dan MRE sentiasa mencukupi, berkualiti dan bersedia untuk digerakkan dengan segera semasa berlakunya bencana.
Ā 
Mesyuarat ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi bagi memastikan pengurusan logistik bantuan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, tersusun dan responsif demi kesejahteraan rakyat yang terjejas.
Ā 
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, Puan Nor Nadirah Abdul Aziz, pegawai Seksyen Logistik NADMA serta pegawai-pegawai daripada FAMA.
Ā 
Previous Next

šš€šƒšŒš€ šš„š‘šˆ š“š€šŠš‹šˆšŒš€š“ šŒš„šŠš€ššˆš’šŒš„ šš„šš†š”š‘š”š’š€š šš„šš‚š€šš€ šŠš„šš€šƒš€ šš„š“š”š†š€š’ šŠš„š’šˆš‡š€š“š€š | šŸ– š‰š”š šŸšŸŽšŸšŸ”
Ā 
šŸ“ Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Daerah Gombak
Ā 
Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat Mekanisme Pengurusan Bencana kepada warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.
Ā 
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai peranan dan fungsi NADMA dalam pengurusan bencana negara. Selain itu, para peserta turut didedahkan berkaitan konsep pengurusan bencana di Malaysia serta peranan agensi yang terlibat termasuk Kementerian Kesihatan seperti yang termaktub dalam Arahan NADMA No. 1.
Ā 
Diharapkan taklimat yang diberikan dapat membantu tahap kesiagaan anggota kesihatan dalam menghadapi sebarang situasi bencana. Selain dapat mengukuhkan koordinasi kerjasama supaya pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, berkesan dan menyeluruh.
Previous Next

šš€šƒšŒš€ š€šš‰š”š‘šŠš€š š‹š€š“šˆš‡š€š š’šˆš€š†š€ šš„šš‚š€šš€ šƒš„šš†š€š šŠšŽšŒš”ššˆš“šˆ šƒšˆ šŠš”ššƒš€š’š€šš†, š‘š€šš€š”, š’š€šš€š‡ | šŸ’ š‰š”š šŸšŸŽšŸšŸ”
Ā 
šŸ“ Dewan D’ Izz Homestay, Kundasang, Ranau, Sabah
Ā 
Hari ini 4 lokasi di negeri Sabah iaitu Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu digemparkan dengan bunyi siren nasihat tsunami oleh Met Malaysia.
Ā 
Selaku penyelaras utama pengurusan bencana negara, NADMA sentiasa berusaha melalui pelbagai inisiatif bagi membantu komuniti agar bersedia menghadapi apa jua bencana di kawasan masing-masing dan menjadi š˜Ŗš˜Æš˜Ŗš˜µš˜Ŗš˜¢š˜­ š˜³š˜¦š˜“š˜±š˜°š˜Æš˜„š˜¦š˜³ apabila bencana berlaku.
Ā 
NADMA telah berjaya berkolaborasi dengan Pejabat Daerah Ranau, Sabah serta Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) kepada 118 komuniti kampung serta wakil NGO di Kundasang, Ranau, Sabah sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan komuniti setempat dalam menghadapi risiko bencana.
Ā 
Daripada memahami risiko bencana sehinggalah mempraktikkan tindakan menyelamat, peserta dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran kesiapsiagaan yang merangkumi risiko tanah runtuh dan gempa bumi, pemetaan kawasan berisiko, simulasi pemindahan, penyediaan beg kecemasan serta latihan pertolongan cemas. Penglibatan NGO melalui perkongsian pengalaman sukarelawan turut memberi nilai tambah dalam memperkukuh daya tahan komuniti menghadapi bencana.
Ā 
Latihan simulasi bencana seperti ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada komuniti supaya sentiasa bersedia ketika bencana berlaku serta sekali gus dapat memperkukuh daya tahan komuniti terhadap risiko bencana di kawasan Kundasang, Ranau.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search