PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 π’π„πŒπ€π’π€ ππ„πŒππ„πŠπ€π‹π€π πŠπˆπ“ πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐃𝐀𝐍 π™ˆπ™€π˜Όπ™‡ π™π™€π˜Όπ˜Ώπ™”-π™π™Š-π™€π˜Όπ™ (πŒπ‘π„) ππ€πƒπŒπ€ πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ”

πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„π‘πŠπ€πˆπ“π€π 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 π’π„πŒπ€π’π€ ππ„πŒππ„πŠπ€π‹π€π πŠπˆπ“ πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐃𝐀𝐍 π™ˆπ™€π˜Όπ™‡ π™π™€π˜Όπ˜Ώπ™”-π™π™Š-π™€π˜Όπ™ (πŒπ‘π„) ππ€πƒπŒπ€ πŸπŸŽπŸπŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸ– 𝐉𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
πŸ“Ibu Pejabat FAMA, Selayang
Β 
Bagi memperkukuh kesiapsiagaan logistik dan bekalan makanan dalam menghadapi sebarang situasi bencana, NADMA telah mengadakan Mesyuarat Berkaitan Status Semasa Pembekalan Kit Makanan dan π˜”π˜¦π˜’π˜­ π˜™π˜¦π˜’π˜₯𝘺-𝘡𝘰-𝘌𝘒𝘡 (MRE) NADMA 2025/2026 di Ibu Pejabat FAMA, Selayang.
Β 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Wan Nora Wan Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Pasaran Produk Proses, FAMA dengan penyertaan pegawai-pegawai daripada NADMA dan FAMA bagi membincangkan hala tuju, perancangan serta status semasa pengurusan dan pembekalan Kit Makanan dan MRE untuk kegunaan pengurusan bencana.
Β 
Perbincangan turut memberi fokus kepada aspek penyelarasan, penambahbaikan mekanisme pembekalan serta langkah-langkah bagi memastikan bekalan Kit Makanan dan MRE sentiasa mencukupi, berkualiti dan bersedia untuk digerakkan dengan segera semasa berlakunya bencana.
Β 
Mesyuarat ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik antara agensi bagi memastikan pengurusan logistik bantuan bencana dapat dilaksanakan secara lebih cekap, tersusun dan responsif demi kesejahteraan rakyat yang terjejas.
Β 
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik NADMA, Puan Nor Nadirah Abdul Aziz, pegawai Seksyen Logistik NADMA serta pegawai-pegawai daripada FAMA.
Β 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search