Menceriakan anak-anak mangsa banjir
- Admin UKK
- Berita
Kota Tinggi: Affin Islamic Bank Berhad (Affin Islamic) meneruskan kerjasama kali ke-11 dengan akhbar ini menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Back To School yang kini menjengah ke daerah Kota Tinggi.
Dalam program berkenaan, Affin Islamic dan Harian Metro (HM) menghulurkan sumbangan kelengkapan sekolah buat 230 murid dari 16 sekolah kebangsaan (SK) sekitar daerah ini.
Murid terpilih adalah mereka yang terjejas dengan banjir melanda Kota Tinggi pada awal tahun ini termasuk dari golongan kurang berkemampuan, asnaf, anak yatim atau B40.
Ketua Jabatan, Strategi dan Operasi, Affin Islamic Bank Berhad, Jozaimah Johan Ali berkata, program dianjurkan inisiatif bermakna HM dan Affin Islamic yang mana ia bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi satu pelaburan dalam masa depan pelajar.
"Ini adalah kali ke-11 Kumpulan Affin menjalin kerjasama erat dengan Harian Metro. Komitmen berterusan ini mencerminkan dedikasi kami dalam menyokong inisiatif yang memberi kebaikan kepada masyarakat.
"Ia sekali gus dapat memperkukuhkan hubungan strategik di antara sektor korporat dan media dalam usaha membina masa depan yang lebih mampan," katanya ketika berucap pada program TKHM Back To School di Dewan Seri Cendana, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi di sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengarang Kumpulan HM merangkap Pengerusi Projek TKHM Husain Jahit; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah PPD Kota Tinggi Sahri Ammat; Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) HM Yusri Abdul Malek dan Pengarang Berita Kanan HM merangkap Pengarah Projek TKHM Noor Azam Ab Aziz.
Jozaimah berkata, penganjuran program TKHM pada tahun ini lebih bermakna memandangkan Kumpulan Affin menyambut ulang tahun ke-50, sekali gus membuktikan sudah setengah abad syarikat perbankan itu menunjukkan dedikasi dalam membangunkan bakat serta menyokong pendidikan negara.
Justeru, inisiatif seperti TKHM Back to School bersama Affin Islamic ini, katanya, menjadi sebahagian daripada usaha untuk memastikan setiap pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.
Pada masa sama, Jozaimah turut menyampaikan sumbangan Smart TV sebagai alat bantuan mengajar yang diberikan kepada tujuh sekolah terpilih.
"Hari ini, dalam era digital yang berkembang pesat, teknologi menjadi elemen penting dalam pendidikan dan sebagai sebahagian daripada usaha ini, kami dengan sukacitanya menyumbangkan Smart TV kepada sekolah terpilih.
"Ini menjadi satu alat pembelajaran interaktif yang diharap dapat menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan dinamik," katanya.
Sementara itu, Husain berkata, Kota Tinggi dipilih sebagai lokasi seterusnya dalam penganjuran TKHM adalah kerana daerah itu yang terkesan dengan banjir, baru-baru ini.
"Kita menyumbang kelengkapan sekolah seperti pakaian, beg sekolah, kasut dan alat tulis selain sekolah terpilih menerima Smart TV 65 inci yang dilengkapi internet.
"Diharapkan, semua sumbangan ini dapat membantu memudahkan sesi persekolahan yang baharu dibuka.
"Kita dan Affin Islamic sudah bekerjasama hampir 13 tahun, bukan sahaja dalam penganjuran TKHM, tetapi banyak lagi program lain dan kita harap Affin Islamic akan terus bersama dengan kita bagi program yang akan datang supaya lebih ramai golongan asnaf dan B40 dapat dibantu," katanya.
SIBU (Feb 23): The Department of Irrigation and Drainage (DID) carried out drain-clearing works on Jalan Hua Lai, Teluk Bango yesterday.
Sarawak United People’s Party (SUPP) Bawang Assan branch chairman Councillor Kevin Lau and the community leaders inspected the dredging process.
“When our team visited the area to assess flood conditions a few weeks ago, Kapitan Tang Chuo Ging had reported that several drains in Teluk Bango were in urgent need of clearing.
“The current clean-up works by the DID covers the section from Jalan Hua Lai to the main drain.
“As for others that need to be dredged, we will continue to discuss with the authorities to facilitate water discharge into the Rajang River,” he said.
Lau also expressed his gratitude to DID for its cooperation, emphasising the importance of maintaining close communication with the local community leaders and government agencies in addressing issues affecting the Bawang Assan area.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Pantai Barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan tau hubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya. – BERNAMA
NARATHIWAT, Selatan Thailand: Seramai 23 individu termasuk tujuh anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Ketua Polis Bannang Sata, Kol Pol Ranon Surawit, berkata kejadian berlaku pada 8.20 malam waktu tempatan dan dipercayai dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang sedang dijejaki pihak berkuasa.
"Ketika kejadian, beberapa anggota polis sedang melakukan rondaan dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda.
"Apabila kenderaan polis tiba di pasar raya itu, sebutir bom yang disembunyikan dikawasan berhampiran dan dipercayai diaktifkan menggunakan alat kawalan jauh meletup secara tiba-tiba," katanya kepada media selepas melawat lokasi kejadian di sini.
Surawit berkata semua mangsa yang terdiri daripada tujuh anggota polis dan 16 orang awam telah dibawa ke Hospital Bannang Sata untuk mendapatkan rawatan, dan siasatan polis sedang giat dijalankan.
Insiden letupan itu berlaku sehari sebelum lawatan kerja bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, ke wilayah selatan Thailand dalam usaha mencari penyelesaian kepada konflik yang telah berlarutan sekian lama.
Lawatan itu merupakan kunjungan pertama Thaksin ke wilayah berkenaan sejak dilantik sebagai penasihat tidak rasmi Pengerusi ASEAN, serta lawatan pertamanya ke kawasan itu selepas lebih 20 tahun sejak pentadbirannya dijatuhkan pada 2006.
– BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai ibu kota dan Putrajaya selain Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak sehingga jam 2 pagi esok.
Selain seluruh Selangor, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook sebentar tadi memaklumkan, di Perak, cuaca itu diramal melanda Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Di Pahang katanya, cuaca itu dijangka di Bentong manakala Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban dan Port Dickson.
"Selain Mersing di Johor, kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak turut diramal terjejas akibat cuaca sama," menurut METMalaysia.
METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
