MIRI, 5 Jan: Banjir kembali melanda kawasan Bekenu susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu, menyebabkan penduduk di beberapa kampung terjejas dan terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Seorang penduduk Kampung Jangalas, Huzaimah Busri berkata, kejadian banjir yang berlaku sekali lagi itu merupakan dugaan besar buat dirinya dan keluarga, apatah lagi ia berlaku dalam tempoh yang singkat selepas kejadian banjir sebelum ini.
“Rumah kami mula dimasuki air sejak 2 Januari lalu. Kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Surau Kampung Jangalas, namun beberapa hari kemudian surau itu pula dinaiki air dan kami terpaksa berpindah ke PPS. Belum lama kejadian banjir sebelum ini berlalu, kami sekali lagi diuji dengan banjir,” katanya ketika ditemui TVS di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu, di sini, hari ini.
Menurut Huzaimah, dia kini berlindung di PPS bersama tujuh ahli keluarga, sementara keadaan air di rumah mereka masih berada pada paras tinggi dan belum surut sepenuhnya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Bukit Kawang, Bekenu, Adilla Faqilah Zaapar berkata, air mula memasuki rumahnya pada hari Sabtu lalu melalui bahagian dapur sebelum paras air meningkat dengan cepat.
“Pada sebelah petang, air hanya sampai ke buku lali, namun sekitar jam dua pagi air naik sehingga melebihi paras lutut sebelum kami berpindah ke PPS,” ujarnya.
Adilla turut memaklumkan beberapa perabot dan peralatan elektrik seperti almari, peti sejuk serta mesin basuh mengalami kerosakan walaupun sebahagiannya sempat dialihkan ke tempat lebih tinggi.
Setakat ini, banjir di kawasan Bekenu telah menjejaskan sembilan kampung, melibatkan 213 mangsa daripada 75 ketua isi rumah (KIR) yang diarahkan berpindah ke PPS dengan paras air dijangka akan terus meningkat. -TVS
DALAT (Jan 6): The flood situation in the district here remains under control, with continuous monitoring carried out by the relevant authorities, said Dato Sri Fatimah Abdullah.
The Women, Childhood and Community Wellbeing Development Minister said the current flooding differs from last year’s incident as it was caused by a combination of king tides and continuous rainfall, resulting in overflow in low-lying areas.
“Most of the houses affected by floodwaters are located in low-lying areas,” she said in a Sarawak Public Communications Unit report after a visit to assess the flood situation in the district on Sunday.
The Dalat assemblywoman also attended a flood preparedness briefing at the Kampung Sungai Ud multipurpose hall before visiting several affected areas in the district.
She said several measures were discussed during the meeting to reduce flood risks and potential damage in the future.
Among the proposals identified were raising road levels in low-lying areas that are frequently inundated and experience access disruptions, such as in Kampung Tanam, Kampung Sungai Ud, and the bend near Kampung Teh.
Fatimah also advised local residents to take lessons from past experiences and make use of the knowledge gained in dealing with the current flood situation to ensure the safety of themselves and their families.
Meanwhile, the minister also paid a visit to the family of a drowning victim in Oya to extend moral support and convey her condolences.
During the visit, she spent time with the victim’s family to listen to the chronology of the incident and to share views on the situation they are facing.
The victim, Awang Ismail Awang Rosidi, 28, was reported missing after falling from a boat last Saturday morning.
Following the incident, a search-and-rescue operation was launched on the same day but was suspended at 5.05pm due to unfavourable weather conditions.
The victim was later found dead by villagers at about 8.50am on Sunday, approximately 800 metres from the Oya shoreline.
KUALA LUMPUR: Seramai 1,419 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri, setakat jam 7 pagi ini.
Laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyatakan, ia membabitkan 522 keluarga kini berada di 13 PPS di Sabah, Sarawak, Johor dan Perak.
Sabah mencatat jumlah tertinggi dengan 1,164 mangsa berada di 9 PPS di Beaufort (587), Kota Belud (282), Kota Kinabalu (189), Tenom (106) dan Kemabong (tiada mangsa di PPS). Ini diikuti Miri, Sarawak (192), Segamat, Johor (27) dan Kinta, Perak (22).
Daripada jumlah itu, mangsa dewasa yang terbabit adalah seramai 872 orang, kanak-kanak (553) dan bayi (39).
Sementara itu, laman web Public Info Banjir menyebut, sekurang-kurangnya tiga sungai di Sarawak setakat jam 6.45 pagi ini melebihi tahap bahaya iaitu Bekenu dan Marudi, Miri serta Nanga Lemai B, Sibu.
Beberapa sungai di negeri itu juga berada pada tahap amaran, antaranya Kuala Binyo, Sungai Similajau dan Sungai Sibiu di Bintulu, Nanga Insungai, Limbang, Benawa dan Long Teru di Miri serta Matu, Mukah.
Satu sungai di Johor iaitu Sungai Muar di Jeti Kg Tekam, Segamat turut melebihi paras amaran.
KUALA TERENGGANU: Sebanyak tujuh pantai di negeri ini dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda ketika ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Terengganu, Nor Mahathir Muhammad berkata, keadaan laut bergelora, ombak besar dan arus deras sangat berbahaya serta berpotensi mengancam nyawa pengunjung jika langkah keselamatan diabaikan.
Katanya, pantai yang dikenal pasti sering merekodkan kejadian lemas dan kewujudan arus deras serta lubuk berbahaya ialah Pantai Sura Tengah, Pantai Batu Burok, Pantai Bukit Keluang, Pantai Teluk Ketapang, Pantai Penarik, Pantai Rhu 10 dan Pantai Kemasik.
“Orang ramai dinasihatkan tidak mandi-manda atau melakukan sebarang aktiviti air di pantai-pantai berisiko ini, khususnya ketika MT kerana keadaan laut yang tidak menentu boleh mengundang bahaya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Beliau berkata, kejadian lemas yang berlaku sebelum ini seharusnya dijadikan peringatan supaya orang ramai tidak mengambil ringan aspek keselamatan ketika beriadah di kawasan pantai.
Dalam kejadian terbaharu di Pantai Sura Tengah, Dungun baru-baru ini, dua beradik dilaporkan maut selepas dihanyutkan arus kuat ketika mandi di pantai berkenaan.
Nor Mahathir berkata, tragedi tersebut membuktikan bahaya arus laut yang kuat walaupun keadaan permukaan air kelihatan tenang terutama ketika musim monsun.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi papan tanda amaran yang dipasang, memantau keadaan cuaca serta mengawasi keselamatan ahli keluarga, terutama kanak-kanak.
“Kami menyeru semua pihak agar mengutamakan keselamatan berbanding aktiviti rekreasi bagi mengelakkan tragedi yang boleh meragut nyawa,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di Pantai Seberang Takir dan Pantai Teluk Ketapang mendapati, pengunjung lebih berhati-hati dengan tidak mandi di laut. Mereka sebaliknya dilihat hanya bersantai dan bermain di tepi pantai.
Keadaan ombak yang agak kuat dipercayai menjadi faktor pengunjung mengelakkan diri daripada mendekati air laut selaras dengan langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.-UTUSAN.
PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi jaminan ramalan hujan berterusan tahap bahaya dan buruk di pantai timur serta Sarawak adalah pada tahap ketepatan tinggi dan tidak ekstrem.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, luruan monsun yang diramal berlaku ketika ini bersifat lemah dan tidak dijangka membawa hujan lebat berterusan seperti episod luar biasa pada hujung November dan Disember lalu.
Katanya, walaupun kebarangkalian untuk amaran hujan ke tahap buruk dan bahaya adalah rendah namun pemantauan cuaca akan terus dilaksanakan berterusan.
“Intensiti hujan yang diramalkan di pantai timur bagi beberapa hari akan datang adalah lebih rendah berbanding episod hujan lebat sebelum ini yang menyebabkan banjir besar di beberapa negeri.
“Taburan hujan bulanan bagi Januari 2026 juga dijangka berada pada paras purata namun risiko banjir berskala kecil masih wujud berikutan paras air sungai yang sedia tinggi serta keadaan tanah yang telah tepu,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau turut menjelaskan negara kini masih berada dalam fasa Monsun Timur Laut yang bermula sejak 13 November 2025 dan dijangka berlarutan sehingga Mac 2026.
Katanya, sepanjang tempoh tersebut, luruan monsun merupakan fenomena lazim yang menyumbang kepada hujan berterusan khususnya di pantai timur dan beberapa kawasan lain di Semenanjung Malaysia.
“Fenomena itu juga boleh menyebabkan angin kencang serta keadaan laut bergelora di Laut China Selatan selain dipengaruhi kewujudan kawasan tekanan rendah dan Borneo Vorteks.
“Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh amaran hujan lebat berterusan dikuatkuasakan,” katanya.-UTUSAN.
