Kebakaran di Pasar Borong Selangor: Bomba berdepan risiko letupan 2,000 tin gas metana
- Admin UKK
- Berita
Serdang: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdepan risiko tinggi ketika memadam kebakaran di Pasar Borong Selangor, di sini, susulan terdapat kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis yang terbakar.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, beberapa letupan turut berlaku pada peringkat awal operasi, namun keadaan berjaya dikawal.
"Berdasarkan penilaian di lokasi, kita dimaklumkan terdapat kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis berkenaan. "Pada peringkat awal memang berlaku beberapa siri letupan, namun kita berjaya mengawalnya.
"Ketika ini anggota masih menjalankan operasi pemadaman di tiga stor di bahagian belakang premis," katanya pada sidang media di lokasi.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.04 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.
Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada 1.20 pagi dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan.
"Operasi membabitkan 68 anggota JBPM daripada 15 balai bomba di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dibantu 11 pasukan bomba sukarela, selain anggota polis," katanya.
Ashrul berkata, operasi turut berdepan kekangan apabila lima pili bomba berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta.
"Susulan itu, kita menggunakan sepenuhnya bekalan air daripada jentera dan lori tangki bomba sepanjang operasi," katanya.
Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan kerana operasi pemadaman masih belum selesai.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kebakaran besar memusnahkan premis menjual barangan logam di dalam kawasan Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan, Selangor.
Api yang marak turut merebak ke beberapa premis berhampiran, namun berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan pasar.
Kebakaran Pasar Borong Selangor padam sepenuhnya, tunggu bantuan jengkaut bongkar sisa runtuhan
- Admin UKK
- Berita
Serdang: Operasi memadam kebakaran di kawasan Pasar Borong Selangor, di sini, memasuki fasa kerja 'overhaul' selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.20 pagi hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, tumpuan pihaknya kini beralih kepada pemeriksaan menyeluruh di lokasi bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.
"Bantuan sebuah escavator (jengkaut) turut ditunggu bagi membongkar sisa runtuhan untuk memastikan benar-benar tiada mangsa terperangkap.
"Pegawai forensik juga sudah tiba," katanya dalam kenyataan ringkas, pagi hari ini.
Terdahulu, dilaporkan JBPM berdepan risiko tinggi ketika memadam kebakaran di Pasar Borong Selangor, di sini, susulan terdapat kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis yang terbakar.
Beberapa letupan turut berlaku pada peringkat awal operasi, namun keadaan berjaya dikawal.
Kebakaran besar itu dilaporkan memusnahkan premis menjual barangan logam di dalam kawasan Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan, Selangor.
Api yang marak turut merebak ke beberapa premis berhampiran, namun berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan pasar.
PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih giat menjalankan kerja-kerja `overhaul’ di lokasi kebakaran yang memusnahkan beberapa lot kedai di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.20 pagi tadi.
Menurut beliau, pasukan bomba kini meneruskan kerja-kerja `overhaul’ bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan semula api.
“JBPM turut menunggu ketibaan sebuah jentera pengorek (eskavator) bagi membantu membongkar sisa runtuhan untuk memastikan benar-benar tiada mangsa yang terperangkap di bawah timbunan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pegawai forensik juga telah tiba di lokasi bagi menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
“Operasi masih diteruskan dan perkembangan lanjutakan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.
Terdahulu, kebakaran melibatkan premis berkeluasan kira-kira 400 meter persegi itu memusnahkan 90 peratus bangunan, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Seramai 68 anggota JBPM bersama 16 jentera pelbagai jenis digerakkan dalam operasi itu dengan bantuan anggota daripada 13 balai bomba termasuk BBP Bukit Jalil, Presint 7, Bandar Tun Hussein Onn, Petaling Jaya, Bangi, KLIA, Keramat, Hang Tuah, Hartamas, Cyberjaya, Bukit Jelutong, Subang Jaya dan Damansara.
Operasi turut dibantu 67 anggota daripada 11 Pasukan Bomba Sukarela selain anggota Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Subang Jaya serta pasukan keselamatan Pasar Borong Selangor. – UTUSAN
KUALA LUMPUR: Kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, dekat sini, berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata operasi kini tertumpu kepada kerja pemeriksaan dan memadam sisa kebakaran.
Ashrul berkata, pihaknya sedang menunggu bantuan jengkaut untuk membongkar sisa runtuhan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap. "Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.
"Kerja pemeriksaan dan memadam sisa kebakaran sedang giat dijalankan, selain menunggu bantuan jengkaut untuk membongkar runtuhan bagi memastikan benar-benar tiada mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ashrul berkata, pegawai Unit Forensik JBPM turut tiba di lokasi bagi menjalankan siasatan.
Katanya, kebakaran membabitkan lot kedai menjual perkakas elektrik dan peralatan dapur di Blok B4 pasar borong berkenaan.
Premis berkeluasan kira-kira 400 meter persegi itu musnah 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Terdahulu, BH melaporkan anggota JBPM berdepan risiko tinggi ketika memadam kebakaran besar itu susulan kewujudan kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis hingga mencetuskan beberapa siri letupan pada peringkat awal kejadian.
Operasi turut berdepan kekangan apabila lima pili bomba berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta, selain api marak dengan pantas akibat tiupan angin kuat.
Kebakaran turut merebak ke beberapa premis berhampiran, namun berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan utama pasar yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku di Utara Sumatera pada jam 12.18 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, gegaran itu turut dirasai di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
"Gempa berkenaan dikesan pada koordinat 4.2 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer, jarak 55 kilometer Barat Daya dari Langsa, Indonesia menurut kenyataan itu, hari ini.
MetMalaysia memaklumkan kepada orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu untuk mengisi borang soalselidik di pautan ini https://forms.gle/3BiFefhGT4yysDiC9.
Beberapa warganet melaporkan merasai gegaran di Petaling Jaya, Kajang, Puchong, Klang dan Selayang. Ini bukan kali pertama gempa bumi di Sumatera utara menyebabkan gegaran di Malaysia.
Mac lalu, gempa 6.5 magnitud dikesan di pesisir barat Sumatera utara menyebabkan gegaran di Semenanjung Malaysia dan kawasan sekitarnya. Tiada ancaman tsunami dilaporkan.
Pada Februari 2022, penghuni pelbagai bangunan tinggi di Lembah Klang dan Melaka dipindahkan selepas mengalami gegaran akibat gempa bumi bermagnitud 6.1 di Sumatera utara.
