PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

One-kilometre stretch of NSE lane closed near Ipoh as landslide precaution

IPOH, Sept 12 — The left lane of the North-South Expressway near a landslide at Kilometre 263.6 southbound will be closed along a one-kilometre stretch as a safety precaution, police said today.

Perak police chief Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin said the closure would extend from Kilometre 262.8 to Kilometre 263.8, with safety cones placed along the route.

He said no contraflow lane had been activated and traffic conditions were being continuously monitored.

“CCTV cameras at the nearby vista point will be focused on the incident site to allow continuous monitoring of the landslide area and traffic flow along the route,” he said in a statement.

Police, PLUS Malaysia Berhad and other relevant agencies are continuing to monitor the site to ensure the safety of highway users.

Mohd Alwi advised motorists to follow instructions and safety signs, reduce their speed and drive carefully when passing through the area.

The Malaysian Highway Authority said yesterday that the slope collapse between the Menora Tunnel and Ipoh had caused congestion stretching up to 15 kilometres. — Bernama

Mission done, but not over: Smart team on way home as Nepal search continues

KUALA LUMPUR, Sept 12 — The Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (Smart), which participated in the Humanitarian Assistance and Disaster Relief mission in Nepal, is expected to return home today or tomorrow, said Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

He stated that all equipment belonging to the team, such as drones, has been handed over to rescue teams in Nepal for use in search operations for flood victims in the country.

“Nepalese authorities do not intend (at this time) to announce the termination of search and rescue (SAR) operations, as there are still 5,000 people unaccounted for.

“The Smart team leader will provide a report and assess the next steps so that we do not make hasty decisions; if they (Nepal) require assistance from Malaysia, we can consider helping with the search or rescue operations,” he said.

Mohamad told reporters while visiting the Media Centre at the 2026 Umno General Assembly here today.

The Smart MAS01 team, participating in the Humanitarian Assistance and Disaster Relief mission to Nepal, arrived in the country via Tribhuvan International Airport, Kathmandu, on September 5.

The team, comprising 11 personnel and officers, departed for Nepal on a Royal Malaysian Air Force A400M aircraft from the RMAF Subang Air Base, carrying 12.4 tonnes of SAR equipment.

He said this is to enable next-of-kin to handle matters such as insurance claims and other related issues.

“In Nepal, for anyone reported missing or unaccounted for, a death certificate can be issued after three years, whereas in Malaysia, it takes seven years.

“That is why we have asked the (Malaysian) embassy there to liaise with the (Nepalese) ministry to determine how next-of-kin can obtain documents confirming the status of the Malaysians who remain missing,” he said. — Bernama

Jerebu di seluruh negara catat trend pemulihan

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara secara keseluruhannya mencatatkan trend pemulihan berikutan didorong faktor cuaca hujan tempatan.

Bagaimanapun, beberapa kawasan di Sarawak terus terjejas dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sehingga petang ini, 50 stesen mencatatkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala 12 stesen berada pada tahap baik.

Setakat jam 4 petang, IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) paling tinggi di seluruh negara iaitu 236, meletakkan kawasan berkenaan dalam kategori sangat tidak sihat.

Selain Serian, beberapa kawasan lain di Sarawak masih terperangkap dalam kategori tidak sihat, antaranya ​Sri Aman (199) ​Samarahan( 176) ​Kuching( 174) dan ​Sarikei (115)

​Kawasan lain di Sarawak seperti Bintulu (97), Mukah (90), Miri (89), dan Samalaju (89) kekal berada pada tahap sederhana.

Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan, taburan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pedalaman di Perak, Selangor serta Kuala Lumpur memainkan peranan penting mendatangkan kesan pembersihan udara secara semula jadi di Semenanjung.

Bagaimanapun, bagi Sarawak, walaupun hujan dan ribut petir diramalkan berlaku pada sebelah pagi dan petang, keadaan cuaca yang bertukar kering menjelang malam membolehkan jerebu berkumpul semula di kawasan terjejas.

Orang ramai di kawasan terjejas, khususnya Serian dan bahagian barat Sarawak, dinasihati supaya mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan dan sentiasa memakai pelitup muka bagi mengelakkan risiko kesihatan.

Nepal tagih RM19.4 bilion untuk pemulihan pasca banjir

KATHMANDU: Nepal menganggarkan kos pembinaan semula selepas dilanda banjir besar akibat runtuhan glasier di kawasan pergunungan bulan lalu mencecah AS$4.78 bilion (RM19.4 bilion).

Kementerian Luar Nepal berkata, jumlah itu merangkumi kos untuk memulihkan kawasan terjejas susulan bencana pada 26 Ogos yang mengorbankan lebih 1,400 nyawa, manakala kira-kira 5,600 lagi masih dilaporkan hilang.

Banjir besar yang disifatkan seperti tsunami itu bermula di kawasan sempadan China-Nepal sebelum melanda kawasan sekitar, menyebabkan kemusnahan besar terhadap nyawa dan harta benda.

Perdana Menteri, Balendra Shah, berikrar untuk membawa isu berkenaan ke peringkat antarabangsa, khususnya kesan perubahan iklim yang semakin mengancam negara Himalaya itu.

Shah akan melakukan lawatan luar negara pertamanya sebagai pemimpin bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada akhir September ini untuk membangkitkan isu berkenaan, menurut kementerian.

Setiausaha Luar Nepal, Amrit Bahadur Rai, berkata Shah akan berucap di PBB bagi menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap kehilangan nyawa dan harta benda yang berulang kali terpaksa ditanggung Nepal akibat perubahan iklim serta bencana yang dicetuskannya.

Rai berkata, Nepal memerlukan sokongan jangka panjang masyarakat antarabangsa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pesat persekitaran di kawasan pergunungan.

“Jumlah keperluan bagi pembinaan semula dianggarkan sekitar AS$4.78 bilion.

“Daripada jumlah itu, kira-kira AS$57.67 juta diperlukan untuk kerja pembinaan semula dan pemulihan jangka pendek dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala sekitar AS$4.71 bilion diperlukan bagi pembinaan semula jangka panjang,” kata jurucakap Kementerian Luar Nepal, Lok Bahadur Chhetri.

Nepal, negara yang sebahagian besarnya terdiri daripada kawasan luar bandar dengan populasi 30 juta penduduk, menyumbang hanya sebahagian kecil daripada pelepasan gas rumah hijau global berbanding negara-negara perindustrian.

Penilaian awal PBB menganggarkan kerosakan bangunan akibat banjir di Nepal sahaja mencecah AS$158 juta (RM643 juta), sambil memberi amaran jumlah kerugian keseluruhan dijangka jauh lebih tinggi, termasuk kerosakan jalan raya dan jambatan, tanah pertanian serta kos kemanusiaan.

Pasukan penyelamat Nepal masih menjalankan kerja mengorek terowong jana kuasa hidro yang ditenggelami lumpur sejuk beku, dengan ratusan pekerja antara yang masih hilang.- AFP

Pasukan SMART di Nepal dijangka pulang hari ini atau esok

Kuala Lumpur: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di Nepal dijangka pulang ke tanah air hari ini atau esok, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, peralatan seperti dron milik pasukan itu telah diserahkan kepada pasukan penyelamat di Nepal untuk kegunaan misi pencarian mangsa bencana banjir kilat dan tanah runtuh di negara itu.

"Pihak berkuasa Nepal (buat masa ini) tidak berhasrat mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat (SAR) kerana masih ada 5,000 orang yang berada dalam kategori tidak dapat dikesan.

"Ketua pasukan SMART akan memberikan laporan dan membuat penilaian untuk langkah seterusnya supaya kita tidak membuat keputusan terburu-buru dan jika mereka (Nepal) perlu bantuan daripada Malaysia, kita boleh pertimbangkan agar dapat membantu," katanya.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita semasa melawat Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini, hari ini.

Pasukan SMART MAS01 yang menyertai HADR tiba di negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu pada 5 Sept lalu.

Pasukan yang terdiri daripada 11 anggota dan pegawai berlepas ke Nepal dengan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara TUDM Subang dengan membawa peralatan SAR seberat 12.4 tan.

Sementara itu, Mohamad berkata, Kedutaan Malaysia di Kathmandu sentiasa berhubung dengan kerajaan Nepal untuk mendapatkan maklumat mengenai status terkini rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang dalam tragedi pada 26 Ogos itu.

Beliau berkata ia bagi membolehkan urusan seperti insurans dan yang berkaitan dapat diuruskan oleh waris.

"Di Nepal, mana-mana individu yang hilang (atau) tidak dapat ditemui, sijil kematian hanya boleh dikeluarkan selepas tiga tahun, (tetapi) di Malaysia, tujuh tahun.

"Itu sebabnya kita minta kedutaan di sana berurusan dengan kementerian (di Nepal) untuk (mengetahui) cara waris terdekat mendapatkan dokumen yang boleh mengesahkan status rakyat Malaysia yang masih tidak ditemui," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search