PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jerebu makin pulih, tiada lagi kawasan catat IPU tidak sihat

Jerebu makin pulih, tiada lagi kawasan catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu terus menunjukkan perkembangan positif apabila tiada kawasan mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya, petang ini.

Berdasarkan semakan di portal Sistem IPU Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 44 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU baik, sehingga jam 5 petang tadi.

Empat kawasan di Kedah merekodkan IPU sihat, masing-masing Langkawi (17), Kulim Hi-Tech (23), Alor Setar (24), Sungai Petani (32), manakala Kangar, Perlis (26).

Bacaan di tiga kawasan di Pulau Pinang turut mencatatkan IPU sihat, masing-masing di Balik Pulau (21), Minden (30), Seberang Jaya (36), manakala Taiping (24), Tanjung Malim (31), Pegoh, Perak (47).

Selangor dan Sarawak mencatatkan satu lokasi dengan IPU sihat, masing-masing Kuala Selangor (35) dan Institut Latihan Perindustrian Miri (43), manakala Kota Kinabalu (35), Kimanis (43), Labuan (44).

Di Kelantan, dua lokasi merekodkan IPU sihat, masing-masing di Tanah Merah (22), Kota Bharu (26), manakala Jerantut (25), Indera Mahkota dan Temerloh (40), Besut (29), Kuala Terengganu (35) serta Paka (47).

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search