PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir kilat landa TTDI, Damansara Utama

Banjir kilat landa TTDI, Damansara Utama

PETALING JAYA – Beberapa jalan di TTDI dan Damansara Utama menghala ke Damansara Jaya dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat hari ini.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, brandonleowkm, keadaan banjir di kawasan terbabit bagaimanapun pulih dengan cepat selepas hujan reda.

“Jalan sepatutnya sudah boleh dilalui. Air naik dengan banyak ketika hujan, tetapi surut dengan sangat cepat,” katanya.

Seorang lagi pengguna, lazimmuhsin, turut mendakwa air banjir akan surut dalam tempoh kira-kira sejam sekiranya tiada hujan lebat.

Perkongsian itu mengundang perhatian pengguna media sosial yang bimbang keadaan jalan kembali dinaiki air sekiranya hujan lebat berterusan. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search