PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL

Bomba pantau lebih 8,000 kawasan banjir sepanjang MTL

KOTA BHARU, 8 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan sebanyak 8,337 operasi pemantauan kawasan banjir di seluruh negara dalam tempoh 13 Nov hingga semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata operasi tindak balas banjir sepanjang Monsun Timur Laut 2025/2026 telah dilaksanakan secara berterusan dan bersepadu dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan.

“Pemantauan rapi, pengoperasian pusat pemindahan sementara (PPS) serta pelaksanaan pemindahan mangsa membantu mengurangkan risiko kepada nyawa dan harta benda,” katanya selepas Program Sumbangan Kebajikan anjuran Persatuan Kebajikan JBPM dengan kerjasama Biro Kebajikan Perisma JBPM Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Izram turut menyempurnakan majlis penyerahan kunci dua van jenazah Toyota Hiace yang disumbangkan oleh Affin Bank Berhad kepada JBPM Kelantan, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM439,000.

“Sehubungan dengan itu, satu unit van jenazah akan diserahkan kepada JBPM Kelantan manakala satu unit lagi akan disalurkan kepada JBPM Negeri Pulau Pinang, dengan mengambil kira keperluan mobilisasi jarak jauh serta aspek kebajikan anggota.

“Diharapkan sumbangan bernilai ini dapat dimanfaatkan secara optimum bagi meningkatkan kecekapan operasi, selain memberi manfaat secara langsung kepada anggota serta masyarakat,” katanya.

Beliau berkata sehingga Disember 2025, keahlian Persatuan Kebajikan JBPM Kelantan adalah 553 orang, iaitu 83.7 peratus ahli berdaftar dan berharap ia dapat ditingkatkan kepada 90 peratus pada tahun ini.-TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search